Dalam percintaan, kesetiaan adalah kunci utama seebuah hubungan untuk terus berkekalan.

Tiada guna jika bercinta lama lama tetapi akhirnya hubungan itu musnah disebabkan salah sorang tak setia.

Kena ‘game’ sememangnya perit, tapi lebih perit jika ‘kantoi’ depan mata.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana hati seorang wanita hancur melihat bakal suami kantoi keluar bersama ‘kekasih gelap’nya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang epengguna TikTok @memomedsos, memaparkan insiden di mana wanita tersebut telah menangkap calon suaminya sedang berjalan bersama wanita lain.

“Ikut kereta mereka sejak dari tadi, ternyata dia sedang bersama dengan perempuan lain. Saya selalu berasa curiga kerana dia selalu cakap bahawa itu hanya rakan sekerjanya,” tulisnya dalam video berkenaan.

Apa yang lebih menyedihkan adalah, wanita ini dan calon suaminya itu akan berkahwin tidak lama lagi dan undangan untuk majlis pernikahan mereka telah pun diedarkan.

Dalam video tersebut juga turut tertulis bahawa wanita yang membongkar hubungan sulit lelakinya itu berkata, lebih sakit lagi apabila calon suaminya itu mempertahankan kekasihnya dalam kejadian berkenaan.

“Tahniah, kamu berdua telah menghancurkan saya dan keluarga saya,” tulisnya.

Video yang tular di Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Video tersebut bagaimana pun mendapat pelbagai respon daripada warga maya dan menyifatkan lelaki tersebut tidak mempunyai hati perut memperlakukan wanita tersebut begitu.

Dalam masa yang sama, warga netizen juga menyatakan bahawa wanita tersebut perlu bersyukur kerana telah diberikan petunjuk lebih awal sebelum menjejaki alam rumah tangga.

“Alhamdulillah kak, Allah tunjukkan siapa calon suami akak tu sebenarnya. Lebih baik jadi sekarang daripada jadi selepas kahwin,” tulis warganet.

“Setuju, cuma geram melihat perempuan simpanan itu. Dia dah tahu dia salah, sepatutnya dia berterus-terang dan bukannya malu, semoga dia juga akan merasakan perkara yang sama nanti,” nyata warganet yang menonton video tersebut.