Justin Bieber Mahu ‘Gaduh’ Dengan Tom Cruise Dalam Perlawanan UFC

Dunia hiburan dikejutkan dengan satu tweet yang ‘tiba-tiba’ oleh Justin Bieber pada hari Ahad yang lepas.

Tiada angin tiada ribut, Bieber telah mencabar Tom Cruise untuk berlawan dengannya di Oktagon (Gelanggang UFC).

Bieber yang berusia 25 tahun dengan ketinggian 175cm telah menarik perhatian 106 juta pengikutnya di Twitter.

Ramai yang tertanya-tanya apakah motif sebenar Bieber yang secara rawak membuat keputusan untuk mencabar bintang filem berusia 56 tahun itu.

Ramai yang membuat tanggapan Bieber sekadar mahu mencari perhatian dan mungkin sudah dibayar pihak tertentu untuk tweet tersebut.

Bekas juara UFC, Conor McGregor juga bersuara mengenai isu itu.

“Jika Tom Cruise berani untuk menerima cabaran ini, McGregor Sports and Entertainment akan menjadi tuan rumah pertarungan.

“Adakah Cruise berani bertarung, seperti yang dia lakukan dalam filem?”


Tom Cruise sememangnya terkenal melakukan aksi lasak di dalam semua filem lakonannya.

Tetapi adakah Cruise berani untuk menerima cabaran dari budak yang separuh usianya?

Setakat ini masih tiada respon yang diberikan oleh beliau, sama-sama kita nantikan.