Juruterbang Helikopter ‘Hilang’ Dijumpai Maut, Terhempas Putus Hubungan

Malang tidak berbau, itulah pepatah yang sering digunakan untuk menggambarkan suatu musibah yang terjadi secara tiba-tiba tanpa disangka bahkan kemalangan juga boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu.

Seringkali kita lihat di media sosial dimana kapal terbang ataupun helikopter hilang kawalan dan akhirnya terhempas malah ada yang sehingga meragut nyawa.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Bernama, juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara KL di Bidor pada hari semalam telah ditemui mati di lokasi kejadian.

Kenyataan itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri menerusi hantaran Facebook Bernama itu.

“Mayat juruterbang sebuah helikopter yang hilang semalam, dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat selepas diterbangkan dari lokasi kejadian menggunakan sebuah helikopter,” terang Yusri.

Difahamkan pada hari semalam, Menteri Pengangkutan, Dr. Wee Ka Siong memaklumkan bahawa sebuah pesawat jenis Eurocopter milik syarikat swasta itu terputus hubungan pada jam kira-kira 12:16 tengah hari.

Lokasi terakhir dilaporkan adalah di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

Dikatakan, helikopter itu sepatutnya mendarat pada jam 12:37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah setelah berlepas dari pada jam 11:37 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang .

Dalam pada itu, Mohd Yusri menjelaskan bahawa Operasi ‘Search And Rescue’ (SAR) terpaksa dihentikan buat sementara waktu pada hari semalam berikutan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Menerusi laporan Bernama, operasi SAR yang dimulakan semula pada hari ini bermula seawal 7:30 pagi dan melibatkan lima kumpulan yang lalu dipecahkan kepada dua sektor besar bagi melakukan operasi pencarian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail menyatakan bahawa operasi yang dibuat itu melibatkan kawasan Kampung Kenangan, Jalan Bidor-Teluk Intan.

Selain itu, mereka turut memfokuskan pencarian dalam radius lima kilometer di kawasan Hutan Simpan Chikus, yang merupakan tempat isyarat terakhir mangsa sebelum hilang.

Operasi SAR ini melibatkan 10 pegawai dan 197 anggota daripada pelbagai agensi antaranya Polis Diraja Maqlaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Udara, Bomba, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Jabatan Perhutanan Negeri selain sebuah helikopter Unit Udara PDRM juga telah diterbangkan bagi mengesan lokasi mangsa.

 

Hantaran Facebook Bernama: