Petronas Berjaya Menjulang Nama Sebagai Minyak & Gas Terkuat Di Dunia 2022

Selain kerana pandemik sejak 2019, konflik di Ukraine juga menyebabkan kemusnahan meluas kepada sektor minyak dan gas di seluruh dunia.

Selepas dua tahun yang sukar disebabkan oleh permintaan yang turun naik, sektor minyak dan gas semakin maju dengan 50 jenama minyak dan gas paling bernilai di dunia mencapai pertumbuhan agregat sebanyak 8% tahun ini.

Lebih membanggakan, Petronas berjaya ditempatkan dalam carta “10 Syarikat Jenama Gas & Bahan Api (minyak) Terkuat” pada tahun 2022 yang telah dikeluarkan oleh Brand Finance pada 11 Mei lalu.

Menurut Brand Finance, mereka bukan sahaja mengambil kira nilai sesuatu produk malah menentukan relatif jenama melalui kad skor metrik yang seimbang untuk menilai pelaburan pemasaran, stakeholder equity juga prestasi perniagaan.

Mengikut ISO, penilaian Brand Finance terhadap stakeholder equity menggabungkan data penyelidikan pasaran asal daripada lebih 100,000 responden dari lebih 35 buah negara dan merentasi hampir 30 sektor.

Petronas (nilai jenama meningkat kepada 13% bersamaan RM59 bilion) merupakan jenama terkuat dalam ranking dengan skor Indeks Kekuatan Jenama (BSI) 87.7 daripada 100 dan diberikan penarafan AAA.

Petronas berada pada kedudukan yang baik untuk mengukuhkan lagi jenamanya dengan menyasarkan penyediaan pilihan tenaga (gas) dan bahan api (minyak) yang pelbagai secara mapan.
Dalam pada itu, Petronas berusaha menjayakan misi untuk memastikan produk mereka akan melepaskan asap bersih dengan kadar sifar karbon menjelang 2050.

Syarikat Minyak Kebangsaan Abu Dhabi (ADNOC) terus mencapai pertumbuhan secara berterusan dengan nilai jenama yang ketara. Difahamkan, syarikat ini telah berjaya meraih 174% peningkatan dalam nilai jenama sejak dibangunkan pada tahun 2017.

Tahun ini, nilai tersebut sekali lagi meningkat sebanyak 19% sekaligus telah merebut tempat dalam kedudukan jenama minyak dan gas kesembilan paling bernilai di dunia.