Pak Lah Disahkan Hidap Demensia, Khairy Jamaluddin Beri Keterangan Lanjut

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan bekas Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah yang merupakan bapa pembangunan modal insan. Sekian lama tidak mendengar khabar daripada beliau, akhirnya persoalan rakyat Malaysia terjawab jua.

Menerusi laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa Pak Lah, 82, kini telah disahkan menghidapi demensia.

“Mungkin ramai antara anda tertanya-tanya, di mana PM kelima (Pak Lah). Ya, beliau telah bersara (sejak 2009) dengan terhormat dan tidak akan menimbulkan masalah untuk penggantinya.

“Beliau mempunyai demensia. Itulah sebabnya beliau tidak kelihatan lagi di mana-mana,” terang Khairy yang juga merupakan menantu kepada Pak Lah itu.

Jelas beliau, keadaan ayahnya kini seakan ‘tubuh ada tapi minda tiada’ berikutan masalah ingatan Pak Lah yang semakin lemah.

“Demensia itu satu situasi yang sangat kejam, kerana tubuhnya ada, mindanya tiada.

“Saya lihat bapa mertua saya merosot ke tahap beliau tidak lagi berfungsi secara normal. Beliau tidak ingat nama saya, tidak ingat nama isteri saya,” kata Khairy berhubung dengan kesihatan Pak Lah.

Ekoran itu, Khairy menjelaskan bahawa pihak keluarganya ssudah bersedia untuk mendedahkan hal sebenar kepada orang ramai.

Hal ini disebabkan ramai yang tidak mengetahui keadaan terkini bapa mertuanya, Pak Lah setelah sekian lama.

“Ia menjadi cabaran kepada kami melihat kemerosotan fungsi kognitif beliau. Ada sesetengahnya yang sedar, tetapi ramai yang tidak.

“Justeru, pihak keluarga mengambil keputusan untuk berkongsi secara terbuka sebahagiannya bagi memberi penerangan tentang demensia dan kecacatan kognitif,” terangnya.

Dalam pada itu, Khairy menerangkan bahawa pihak keluarganya dapat membantu keadaan Pak Lah dengan memberikan penjagaan profesional kepada beliau.

Tambah Khairy, walaupun keluarganya dapat membantu Pak Lah dengan menyediakan penjagaan profesional, namun hakikatnya masih ramai lagi keluarga yang tidak mampu berbuat sedemikian.

“Bagaimanapun, ramai lagi yang tidak mampu berbuat demikian.

“Justeru, penting bagi kami untuk melabur dalam penjagaan sosial bagi menyokong keluarga yang mempunyai orang tersayang memerlukan penjagaan berterusan,” jelas Khairy.

Dikatakan, Khairy mengeluarkan kenyataan berikut susulan mengulas mengenai kepentingan sokongan perubatan demensia semasa pelancaran Konferens Perubatan Psikologi Malaysia 2022.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga Malaysia mendoakan agar Pak Lah segera sembuh mengucapkan kata selamat supaya dipermudahkan segala urusan.

Antara komen netizen:

“Syafakallah buat Pak Lah! Semoga dipermudahkanNya 🤲🏼”


“Semoga dipermudahkan utk keluarga pak lah.”

 

Hantaran Twitter Khairy: