“Jumpa pun mungkin dah lebih sejam” Nak Hantar Makanan, Rider Foodpanda Maut Kemalangan

Seorang penghantar makanan Foodpanda maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam nahas jalan raya pagi semalam. Berita sedih itu dikongsi Sahirman Roslan di laman Twitter dengan memuat naik gambar mangsa, Muhammad Nabil Mohamed Salahimi dan ketika kejadian tersebut berlaku. Kawan aku rider food panda meninggal dunia. Kemalangan pukul 10pagi tadi. Jalan tu takde orang lalu [...]

Seorang penghantar makanan Foodpanda dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semalam.

Khabar duka itu telah dikongsi oleh pengguna Twitter, Sahirman Roslan dengan memuat naik gambar mangsa, Muhammad Nabil Mohamed Salahimi dan ketika kejadian tersebut berlaku.

“Kawan aku rider food panda meninggal dunia. Kemalangan pukul 10pagi tadi. Jalan tu takde orang lalu sgt, orang jumpa pun mungkin dah lebih sejam. Keluar mencari rezeki. Semoga tenang disana Nabil. Alfatihah”

Menurut perkongsian oleh abang ipar kepada Allahyarham iaitu Muhammad Aiman menerusi laman Facebook, dia menyifatkan kegelisahan dialami sebelum ini seolah-olah petanda Allahyarham akan pergi.

“Terjawablah sudah perancangan Allah. Disebalik kegelisahan dan kemurungan yang aku alami rupanya petanda mahu disampaikan.

“Keinginan aku untuk balik ke Kelantan dan berada di samping anak isteri pada ketika PKP sangat memuncak sejak 2-3 hari lalu, sampai aku tak senang duduk, hilang fokus, tak keruan jadinya.

“Tapi apakan daya semua jalan seolah tertutup. Akhirnya Allah hantar aku balik, dengan cara ini. Bersama van jenazah. dan jenazahnya tidak lain Adik Ipar aku sendiri.

“Adik ipar yg tinggal serumah dengan aku sejak beberapa bulan lalu. Since wife balik kampung, aku tinggal berdua dengan dia.

“Pagi tadi arwah accident masa keje (food panda) meninggal di tempat kejadian. Luruh jantung pagi tadi, kawan arwah datang rumah cakap “bang, ada berita buruk nak bgtau”.

“Baru semalam kami makan sekali. dan sekarang aku keseorangan dalam van jenazah ini menemani dia balik kampung.

“Sedekahkan al fatihah kpd arwah Muhammad Nabil Bin Mohamed Salahimi. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman.”

Namun begitu, punca dan lokasi kejadian tidak dikongsikan oleh keluarga Allahyarham.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.