”Jumpa Kat Syurga Anak Ibu” Gara-Gara Jatuh Toilet, Wanita Hamil Kembar 3 Alami Keguguran

Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata bersama insan yang tersayang. Dapat seorang pun sudah bahagia apatah lagi bila tahu hamil kembar bukan?

Pun begitu, siapalah kita sebagai hamba untuk melawan takdir yang sudah tertulis.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi sebuah tragedi hitam dimana dia telah keguguran setelah terjatuh di tandas mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kasihlauraaaa, difahamkan dia sedang hamil 3 anak kembar pada ketika itu.

Dua daripada tiga anak kembarnya itu merupakan kandungan dalam rahim manakala seorang lagi berada di luar rahim namun tragedi jatuh di tandas telah meragut kebahagiannya sebagai seorang bakal ibu.

Dia juga sempat menceritakan bagaimana situasi cemas itu terjadi sebelum dia disahkan kehilangan ketiga-tiga anaknya.

“Saya jatuh toilet sebenarnya..lepas seminggu baru saya bleeding. Dia spotting brown je mula-mula beberapa hari lepastu baru cramp perut macam sengugut..” ujarnya

Dia juga berdoa agar dapat berjumpa anaknya di syurga kelak bahkan dia turut menamakan ketiga-tiga anak kembarnya dengan Mubasyir, Mustafa dan Mudasir.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat dirinya yang kehilangan ketiga-tiga anak kembar sekaligus.

Tidak cukup dengan itu netizen juga mendoakan agar wanita ini terus kuat dan dikurniakan kesabaran untuk menghadapi dugaan.

Antara komen warga maya:

“be strong sis.. semoga dipermudahkan segala urusan”


“terus kuat sis, semoga ada rezeki untuk awak”

“awak wanita hebat diuji juga dengan ujian yang cukup hebat”

Video yang tular di laman TikTok:

@kasihlauraaaa Apa cara terbaik untuk mendamaikan hati ? #misscarriageawareness ♬ suara asli – jutekkubandung

@kasihlauraaaa doakan laura semoga dapat peluang untuk mengandung & melahirkan anak lagi #miscariage #twinnie ♬ original sound –