Jumpa Anak Kucing Tengah Jalan Raya, Tindakan Wanita Ini Selamatkan Si Bulus Raih Perhatian Ramai

Kucing merupakan salah satu haiwan yang paling digemari ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Namun begitu, masih ada yang belum berkesempatan untuk membela si bulus ini antara sebab-sebab tertentu.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, takdir menentukan segalanya.

Begitulah apa yang terjadi kepada seorang wanita ini, yang kisahnya tular di laman TikTok mengenai seekor anak kucing yang diselamatkan olehnya.

Menerusi video yang dimuat naik menggunakan akaun @combicikoi.co itu, kelihatan wanita itu dikatakan sempat mengelak seekor anak kucing yang dipercayai duduk betul-betul di tengah jalan raya.

Lalu, wanita tersebut bertindak berhenti di tepi jalan dan kutip anak kucing tersebut yang berada di tengah jalan itu.

Rasa seakan terancam, anak kucing itu terus mendesis wanita tersebut ketika baru sahaja diangkat.

Orang ramai yang melihat video itu berpendapat bahawa walaupun desisan itu sebagai langkah mereka untuk melindungi diri sendiri, perasaan takut dengan desisan anak kucing itu tidak ada langsung malah merasakan bahawa ianya sangat comel sekali!

Wanita tersebut yang bernama Zurainiza mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana menurunkan rezeki dan amanah untuk dijaga, dan sebenarnya sebelum ini dia sememangnya berhasrat untuk membela seekor kucing.

“Allahuakbar, Allah turunkan rezeki dan amanah untuk aku jaga.. Sebelum ni memang ada hati nak bela kucing,” tulisnya.

Setelah beberapa saat anak kucing itu dikutip, kelihatan sebuah bas ekspres pula lalu di laluan yang sama membuatkan Zurainiza terfikir andaikata si bulus ini tidak diambil, habislah si bulus itu dilanggar.

“Ya Allah, kalau tadi aku tak ambil habis kena lenyek dengan bas,” luahnya risau.

Walau bagaimanapun, hidung si bulus itu kelihatan mempunyai sedikit luka dan disarankan oleh orang ramai untuk segera ke klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan selanjutnya jika perlu.

Kini, anak kucing yang diberikan nama Loki itu hidup dalam keadaan sihat.

Difahamkan Zurainiza terus membawa anak kucing itu pulang untuk dijaga dan diberi rawatan, lapor MStar.

“Kucing tu cedera di bahagian hidung. Saya rasa dia tidur dalam enjin kereta dekat rumah, jadi apabila kereta dah bergerak dia tak bangun lagi.

“Bila dah sampai dekat tengah jalan baru dia sedar dan mesti terkejut bunyi enjin yang bising.

“Itu yang membolehkan kucing terjatuh atas jalan. Waktu jatuh tu hidung dia terhantuk, itu yang berdarah sikit,” jelasnya.

Menurut Zurainiza, dia bertuah kerana memiliki anak kucing yang bukan sahaja comel bahkan turut memiliki sepasang mata berwarna biru yang sangat cantik.


Kata Zurainiza, dia percaya bahawa kucing ini sebenarnya pembawa rezeki dan merasakan kehidupannya kini lebih bermakna.

“Sebelum ni, kewangan saya tak berapa stabil, tapi selepas ada Loki, saya rasa hidup saya seperti dipermudahkan. Ada je rezeki yang datang.

“Alhamdulillah, cantik tuhan aturkan takdir ni,” terang Zurainiza.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Zurainiza kerana memelihara si kecil ini.

Ada juga netizen yang terhibur dengan telatah si bulus itu.

Antara komen netizen:

“dia ingat stakat agah gitu kita takut ke… lagi kita kata dia comel ada lah😂😂😂”

“Ya Allah terima kasih awak adopt dia. Alhamdulillah cepat ambik sebelum kena lenyek bas. Terima kasih Allah. Semoga dimurahkan rezeki awak. Amin 🤲🏻”

Video yang tular:

@combicikoi.co Syukur Alhamdulillah.. dgn izin Allah, dpt selamatkan anak kucing.. 🤲 #fyp #fypシ ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline