“Gambar siapa pula dia tangkap ni..” Gadis Kongsi Pengalaman Upah Jurugambar Dapat Foto Konvokesyen ‘Tak Jadi’ Undang Dekah Ramai

Setiap orang pasti menginginkan momen penting mereka dibuat sebagai foto dan dapat dikenangkan selalu menerusi foto tersebut. Misalnya seperti foto majlis perkahwinan, majlis hari jadi, ataupun majlis konvokesyen.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, tanpa disangka kadang kala foto yang diambil itu tidak kena dengan pandangan mata kita sedangkan servisnya sudah pun dibayar.

Seperti kisah seorang gadis yang baru sahaja selesai bergraduasi, telah berkongsikan foto-foto yang diambil oleh jurugambar yang diupahnya itu.

Menerusi video yang telah dimuat naik di akaun TikTok @lisyafouzi itu, kelihatan beberapa foto yang diambil oleh jurugambar tersebut tidak memuaskan hatinya.

“Dia tangkap gambar kami dengan family siapa pula ni.

“Gambar siapa pula dia tangkap ni, ingat shoot wedding ke nak ambil gambar tetamu.

“Ni candid macam mana pula ni, dengan orang lalu lalang,” tulisnya di dalam video berkenaan.

Cantik itu subjektif, akan tetapi hasil foto yang dibuat itu sebenarnya kelihatan agak ‘messy’ dan tidak ‘centre’.

“Okay gambar nice dah cuma awat tak centre bang,” katanya di dalam video itu.

Difahamkan, gambar tetamu yang tiada kena mengena dengan keluarganya juga turut diberikan kepada gadis tersebut.

“Allahu bang gambar anak siapa kau snap ni,” tulisnya lagi.

Apa yang lebih membuatkan netizen terhibur ialah banyak gambar gadis lain diambil dan disertai dengan kapsyen ‘photographer nak cari jodoh agaknya’.


Menjengah di ruangan komen, warga netizen turut terhibur melihat hasil foto yang telah dikongsikan oleh gadis tersebut.

Antara komen netizen:

“Berapa bayar sis.. Jenuh photographer gini😅😂😂”

“skrg aku confuse…nak sedih ke nak gelak nih…gambar convo dah lah sekali tuh jaa…😅”

“Sedih klau dpat mcm😓 sya pernah kena gambar wedding.. edit sendri lgi lawa😥bayar full payment tau.. nk kerja buat cara nk kerja😌”

“Part anak sapa dia snap tu tergelak besor aku. Asal boleh je ek. Baik hire aku jela. Tak terer tp bolela 10x lg better la dr ni😅”

Tekan sini untuk lihat video TikTok yang tular: VIDEO