Jual Ikan Masin Sara Isteri Terlantar Sakit, Wanita Ini Kongsi Kisah Sayu Pakcik Md Zin

Menyediakan rezeki untuk keluarga merupakan satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada ketua keluarga.

Tidak kira sesusah mana sekalipun, sebagai seorang suam, nafkah untuk isteri seharusnya diutamakan dan wajib ditunaikan.

Buatlah apa kerja pun asalkan datangnya dari sumber yang halal.

Menjaja ikan masin

Di dalam satu satu posting di laman Twitter, seorang pengguna dengan nama Aina Wardina telah berkongsi satu kisah sedih seorang warga emas yang berusaha mencari rezeki dengan menjual ikan kering.

Demi Allah aku nak tolong pak Cik ni, orang rumah dia sakit. Hari2 dia dekat dataran pahlawan melaka. Support pak Cik ni gang rt pls

Pakcik tua itu dikhabarkan menjaja di sektar Dataran Pahlawan Melaka bagi menyara keluarganya.

Sara keluarga dan isteri sakit

Menurut Aina, pakcik tersebut membertahunya bahawa dia menjual ikan masin untuk menyara isterinya yang kini sedang terlantar sakit di rumah.

Tambahnya lagi, pakcik yang dikenali dengan nama Md Zin itu berjalan kaki sambil mengusung beg yang dipenuhi ikan masin.

Ianya untuk dijual kepada para pengunjung kawasan pelancongan tersebut.

Datang dari Muar dengan bas

Malah, ada juga netizen lain yang mendakwa pernah terserempak dengan pakcik Md Zin sebelum ini.

Katanya Pakcik ini berasal dari Muar Johor dan sentiasa datang ke Melaka untuk berniaga dengan menaiki bas hampir setiap hari.


Ramai yang merasa kasihan dan simpati terhadap nasib pakcik itu dan meminta diadakan kutipan derma untuknya.

Walaubagaimanapun seorang lagi pengguna Twitter mendakwa sudah bejumpa pakcik ini sejak tahun 2016 dan keadaan pakcik ini masih sama.

Sumbangan untuk Pakcik Md Zin

Rentetan daripada perkongsian itu, seorang pengguna twitter telah memuatnaik gambar pakcik Md Zin bersama dengan no akaun bank miliknya.

Jadi, kepada sesiapa yang berhajat membantunya, sila berikan bantuan seikhlasnya melalui no akaun tersebut.