“Jom boikot tunggang gajah!” Lihat Apa Yang Dilakukan Terhadap Gajah-gajah Ini

Kalau anada pernah melancong ke negara Thailand, pasti anda biasa melihat satu aktiviti wajib dilakukan di sana iaitu menunggang gajah.

Aktiviti ini merupakan salah satu daya tarikan yang menarik minat para pelancong kerana ianya amat jarang ditemui di negara lain.

Malah, menunggang gajah ini juga dikatakan satu pendapatan tertinggi di dalam industri pelancongan di Thailand.

Jadi sebab itu ianya di pormosi secara besar-besaran untuk semua orang yang berkunjung ke sana.

Tapi, tahukah anda bagaimana sebenarnya haiwan ini dilayan dan dilatih untuk menurut perintah tuan mereka?

Ternyata sisi gelap yang tidak dipaparkan pada pelancong ini sangat kejam.

Melalui satu perkongsian di laman twitter, pengguna akaun @faizalghazali memuatnaik gambar dan menceritakan bagaimana haiwan ini diperlakukan.

Gajah-gajah ini diikat dan disiksa untuk menjinakkannya sebelum dilatih untuk menerima arahan.

Malah, semasa kecil lagi anak gajah sudah dipisahkan daripada ibunya dan dikurung di dalam sangkar kayu.


Semasa dalam proses menjinakkan haiwan itu yang digelar sebagai Phajaan, penjinak menggunakan objek tajam dikenali sebagai Bullhorn.

Bullhorn ini digunakan untuk mencucuk kepala gajah-gajah tersebut agar mengikut arahan dan tidak melawan.

Perbuatan ini tidak berperikemanusiaan dan telah melanggar hak asasi haiwan yang sepatutnya dipelihara dan dijaga dengan baik.

Pelbagai kecederaan terpaksa ditanggung oleh haiwan tersebut demi untuk mengikut kehendak manusia.

Jadi, sekiranya anda melancong ke negara Siam, tolonglah elakkan daripada menyertai aktiviti ini.