Join Swipe Challenge, Aksi Pemuda Menari Di Tempat Tinggi Dengan Hanya Satu Tali Buat Ramai Gayat!

Lagu ‘Swipe’ nyanyian Alyph seakan menjadi fenomena di applikasi TikTok apabila ramai pengguna membuat content dengan lagu tersebut sebagai latar belakang.
Iospital phone repair gombak
Bukan itu sahaja, penampilan Dato Vida yang dikatakan ‘Classy’ dan agak ‘Swag’ di dalam Muzik video lagu ini juga turut menjadi bualan ramai.

Seperti yang kita tahu, lagu ini turut mengadakan ‘Swipe challenge’ membuatkan ramai yang turut serta dengan tanda pagar #swipechallenge. Jadi tidak hairan lah kalau buka sahaja tiktok, pasti banyak content menggunakan lagu ini.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang pemuda sedang bekerja di bangunan yang tinggi sambil memakai alatan safety sambil join swipe challenge buat ramai kecut perut!

Dapat kita lihat, dia menari swipe challenge dengan berlatarbelakang kan kawasan perumahan di bawah dan apa yang membuatkan ramai gerun apabila badannya hanya diikat dengan satu tali sahaja.


“Kita cuba swipe challenge kat tempat extreme #akuswipechallenge” Ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui berasa gayat melihat pemuda itu yang sangat selamba menari di tempat yang tinggi dan hanya bergantung dengan satu tali.

“Bang hidup kita ni tak boleh bergantung sangat pada tali tapi bergantunglah pada Ilahi” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan mereka risau jika pemuda ini terus ‘swipe’ ke alam lain.

Antara komen warga maya:

“Tinggi betul kepercayaan kat tali tu.. risau swipe ke alam lain..”

“Asal kau bahagia jela bang”


“Tinggi sangat abang swipe ni.. risau saya”

“Jangan swipe sangat bang gayat saya tengok”

“Lain macam swipe ni bang..”

“Ni another level ni bang.. salah swipe ke underground abang..”


Video yang tular di laman TikTok:

@_taufx Kita cuba swipe challenge kat tempat extreme #akuswipechallenge ♬ SWIPE – ALYPH