Ayah Tak Bagi Nafkah, Anak Kecewa Dapat Tahu Mak Rupanya ‘Jual Diri’ Cari Duit Lepas Cerai

Anak merupakan keutamaan seorang ibu bahkan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kesenangan anak-anaknya tidak kiralah dari segi makan, pakaian mahupun pelajaran.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Twitter iaitu @twtwedding berkongsi sebuah cerita dimana ibunya bekerja keras menyara dia dan adik-adik selepas ditinggalkan ayah demi perempuan lain.

Sebagai anak sulung, dia seakan menyaksikan sendiri derita yang ditanggung ibunya setelah bercerai dengan ayahnya yang juga merupakan kaki pukul malah langsung tidak memberikan nafkah setelah berpisah.

Dia juga menjadi saksi bagaimana ibunya terpaksa bekerja keras demi mencari punca pendapatan bagi menyara anak-anak.


Walaupun hidup tanpa sosok seorang ayah namun mereka dibesarkan dengan sangat baik. Dia juga dapat masuk ke Universiti dan dua adik perempuannya masih bersekolah.

Mudah kata, mereka selesa dari segi kewangan malah ibunya juga tidak pernah memarahi mereka apatah lagi hendak meninggikan suara.

Namun, dia mula berasa curiga dengan pekerjaan ibunya memandangkan ibunya itu langsung tidak pernah berkongsi dengan lebih lanjut tentang pekerjaannya termasuklah lokasi dia bekerja.

Apabila ditanya, jawapan ibu seringkali berubah sehinggalah satu hari dia mendapat tahu ibunya selama ini ‘jual diri’ cari duit untuk besarkan mereka. Dia mengamuk bersemuka dengan ibu tapi ibu hanya menangis dan minta maaf.

“I rasa jijik dengan mak sendiri. Pertama kali dalam hidup, I tak nak langsung tengok muka dia. I bersemuka, dan dia mengaku.”

Oleh kerana tidak dapat mengawal emosi, dia maki hamun dan lari daripada rumah dan buat masa ini dia tinggal di rumah kawan, hidup dalam keadaan malu dan jijik di atas perbuatan ibu sendiri.

“Siapa sial nak ada mak macam ni? Baik mak gugur je along dulu.”

Oleh kerana terlalu buntu dengan apa yang dilakukan, dia meminta nasihat dan pendapat orang ramai tentang apa yang sepatutnya dilakukan.

Dia akui ibunya seorang yang sangat baik dan penyayang namun sehingga kini dia tidak mampu menerima hakikat ibunya menyediakan keperluan anak-anak dengan cara menjual diri.

Antara pendapat netizen:


Perkongsian yang tular di laman TikTok: