“John T20” Siap Dapat ‘Ice Cream Break’ & ‘Dessert’, Menu Harian Beruk Mewah Ini Raih Perhatian Ramai!

Kita dilahirkan di dunia ini haruslah sentiasa berbuat baik, tidak kiralah terhadap makhluk lain sekalipun seperti haiwan.

Iospital phone repair gombak

Walaupun haiwan tidak boleh menggunakan akal seperti manusia, akan tetapi mereka juga mempunyai perasaan masing-masing.

Lebih-lebih lagi apabila menjadikan sesuatu haiwan tersebut sebagai haiwan peliharaan, harus dijaga rapi dari pelbagai aspek termasuklah pemakanan yang cukup.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana perkongsian seorang lelaki mengenai menu makanan harian beruk belaannya yang bernama ‘John’ telah menarik perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @arrjohnnetdi laman TikTok itu, kelihatan John diberikan pelbagai jenis makanan yang boleh dikatakan anggaran harga menu boleh mencecah lebih RM 20 sehari.

Untuk sarapan pagi, John disajikan buah anggur manis bersama dengan minuman kultur berkhasiat Vitagen unggu.

Kemudian diberikan pula ice cream break kepada John T20 ini! Lain macam betul seleranya.

Pada waktu tengah hari, John diberikan buah naga dan air laici kotak untuk dijamu.

Siap ada dessert, John diberikan pula nata de coco!

Jangan lupa makan malam, John diberi makan ubi kayu disalut gula putih.

Dapat dilihat semua makanannya begitu manis dan agak merisaukan jika terkena penyakit kencing manis.

Bukan biasa-biasa menu si John, berbeza seperti beruk yang lain.

Ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 1.8M tontonan, 187.4K tanda suka, dan 5490 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat menunya itu yang lebih mewah berbanding menu harian mereka sendiri.

Dalam pada itu, ramai juga yang menasihatkan agar mengurangkan kadar gula dalam menunya demi kesihatan John itu.

Antara komen netizen:

“dia makan lagi sedap dari makanan aku”


“dye punya bekpes lagi have2 dari aku 😂 alahai sendulah hdup mcm ni”

“rendah sngt ke martabat aku sebagai manusia sampai monyet pon makan lagi elok dari aku?? 👁👄👁”

“🥺 cut her sugar intake pls pls pls”

“hai John…xkne diabetes kew 😂. byk mnis2”

Video TikTok yang tular:

@arrjohnnet #beruktiktok #fyp ♬ mario sound – mandycap