Dijangka Meninggal & Masuk NICU, Berkat Kuasa Tuhan & Doa Ramai Bayi Kecil Ini Masih Terus Bernyawa

Anak diibaratkan sebagai suatu permata yang menerangi kehidupan pasangan suami isteri dalam membina alam berumahtangga.

Iospital phone repair gombak

Tatkala ujian sehebat mana datang sekalipun, percayalah akan kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa.

Baru-baru ini tular kisah seorang bayi yang sudahpun dijangka meninggal oleh doktor pakar, akan tetapi dengan kuasa Allah s.w.t, anaknya itu berjaya membesar sehingga kini telah membuatkan orang ramai sebak.

Memetik laporan MStar, ibu anak kecil itu iaitu Nor Faizah Ismail, 30, dan suami Md Aidil Faat, 35, pada ketika itu hanya mampu berdoa selepas doktor memberi jangkaan bahawa anaknya itu mungkin tiada harapan untuk meneruskan hidupnya.

“Sebelum bersalin, doktor pakar dah maklumkan bahawa baby akan meninggal. Tapi kuasa Allah yang maha hebat, baby Nuha berjaya membesar berkat doa orang sekeliling,” tulisnya menerusi kapsyen video TikTok yang tular.

Faizah difahamkan sebenarnya telah bersedia dengan segala kemungkinan, namun tidak menyangka anaknya itu sungguh kuat dan terus bertahan.

“Sebelum ini saya pernah alami keguguran. Kali ini kelahiran pramatang. Anak saya lahir pada usia kandungan enam bulan. Doktor tak bagi kami harapan sebab organ penting baby sangat tak matang. Kami hanya mampu reda.

“Nuha dilahirkan secara normal walaupun dia berada dalam keadaan songsang. Keadaannya 50 – 50 masa tu, dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU). Doktor cuma minta kami bersedia dengan apa-apa kemungkinan.

“Dua bulan Nuha dalam NICU. Banyak komplikasi berlaku. Nuha juga jalani pembedahan saluran jantung selepas dua minggu dilahirkan. Pembedahan itu sangat berisiko. Kami suami isteri pasrah tapi yakin Nuha anak yang kuat,” terangnya.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu terkejut bahawa anak kecilnya itu mula menunjukkan reaksi positif setelah dua bulan dia ditahan di NICU.

Walaupum keadaannya masih bergantung dengan hospital, Nuha sedang menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit sehinggalah dia boleh dibawa pulang pada bulan ini bersama dengan ibu bapa tersayangnya.

“Selepas pembedahan dan keluar NICU, Nuha dipindahkan ke wad bayi tapi dia masih perlu dipantau oleh doktor. Dari situ doktor nampak peluang Nuha untuk terus hidup adalah cerah. Kami memang lega sebab di NICU dia sangat kritikal.

“Lapan bulan lebih Nuha dalam hospital. Saya dan suami berulang alik sepanjang masa dari rumah kami di Pontian ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terletak di Johor Bahru. Akhirnya Nuha dibenarkan balik ke rumah pada bulan ni, kami bersyukur sangat,” cerita Faizah.

Dikatakan, bayi cilik Nuha ini dimasukkan sekali lagi ke hospital pada hari Rabu lalu disebabkan paras oksigen yang tidak stabil.

Akan tetapi, Faizah berharap situasi itu tidaklah berpanjangan dan berharap agar anaknya itu dapat pulang sebelum menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.


“Nuha baru keluar hospital bulan ni. Hari ini (Rabu) dia dimasukkan ke hospital semula kerana oksigen menurun sikit. Mungkin dia belum sesuai dengan keadaan di rumah, ada risiko balik rumah.

“Kali ini saya tak pasti berapa lama Nuha akan dipantau oleh doktor. Tapi saya berharap dia cepat sihat. Saya yakin Nuha kuat. Raya tahun ini kami tidak merancang untuk ke mana-mana, cuma kami harap dia ada bersama kami,” ujarnya.

Faizah turut meluahkan rasa syukur dengan sokongan yang telah diberikan oleh orang ramai dan turut kembali bersemangat menjalani kehidupan bersama dengan keluarganya.

“Saya kongsi di TikTok sebab nak cari semangat. Masa tu Nuha belum keluar hospital. Saya cuma mahu cari member yang boleh bagi semangat, terutamanya yang senasib dengan saya. Komen-komen mereka membuatkan saya rasa tidak berkeseorangan.

“Video-video TikTok itu juga menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Selain mendoakan anak saya, ramai yang senasib turut berkongsi cerita yang mana ujian mereka jauh lebih hebat berbanding saya. Mereka sentiasa tanya perkembangan kesihatan Nuha.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang doakan kami. Saya juga nak berterima kasih kepada staff nurse NICU dan wad A4 di HSA,” kata Faizah.

Video TikTok yang tular:

@mumy_nuha Dari 655GRAM to 5KG #fyp #fypシ #foryoupage#foryoutiktok #malaysiatiktok #newbietiktok #trending ♬ bunyi asal – ℑ