Connect with us

Viral

Joget Sakan Untuk Atasi Masalah Bipolar, Netizen Minta Marshanda Banyakkan Solat.

Penyakit Bipolar (atau kecelaruan dwikutub) sejenis penyakit mental yang menyebabkan perubahan emosi, tingkah laku dan pemikiran.

Perubahan ini boleh dilihat dalam bentuk perubahan mood, emosi, tenaga, daya tumpuan, jenis dan tahap aktiviti yang dijalankan serta kebolehan melaksanakan tugasan harian.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, pelakon Indonesia yang memang dikenali iaitu Marshanda sering berceritakan tentang penyakit bipolar yang dialaminya kepada umum mendedahkan caranya untuk mengatasi penyakit tersebut mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, memaparkan dirinya sedang sakan menari dan difahamkan itu merupakan cara
meluahkan emosi malah dia juga akui dia lebih tenang melakukan perkara itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui ada segelintir individu yang membuat perkara tersebut untuk mengatasi penyakit bipolar.

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang mengatakan lebih baik pelakon tersebut untuk mengambil cara lain seperti memperbanyakkan ibadat terutamanya solat.

Pun begitu, terdapat netizen yang menyifatkan Marshanda layak melakukan apa sahaja yang dia mahu untuk menangani penyakit itu tanpa meminta sebarang pendapat daripada sesiapa.

Antara komen warga maya:

“bawa solat.. takde siapa yang boleh bantu kecuali Allah S.W.T.. pulang ke pangkal jalan..taubat nasuha.. dunia hanya perjalanan.. kekal abadi di sana.. di dunia kumpulkan amalan.. di sana akan dihitung”

“healing yang sesungguhnya”


“jujur gua (aku) juga pernah ngelakuin (lakukan) ini semua..”

“tak usah berhujat, biar dia bahagia degan caranya sendiri.. suka di tonton, tak suka ignore”

Video yang tular di laman TikTok:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MARSHANDA (@marshanda99)

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)