Altimet Serah Royalti Lagu ‘Sakau’ Kepada Waris P. Ramlee

Rapat Mega KEADILAN 2022 pada September lalu memperkenalkan satu lagu tema baharu yang perlu dinyanyikan rakyat prihatin sepanjang kempen menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Iospital phone repair gombak

Lagu berkenaan dilancarkan oleh Ketua Cabang KEADILAN Ampang, Syed Ahmad Syed Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet.

Terbaharu, Altimet mengumumkan bakal menyerahkan 100% royalti lagu yang tular, Aduh Malaysia kepada waris Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Altimet yang juga pencipta lagu tersebut berkata, hak lupus royalti dendangannya itu akan berakhir 50 tahun lagi, sekali gus memberi manfaat kepada waris sepanjang tempoh berkenaan.

Jumlah dan waktu pembayaran royalti berkenaan bagaimanapun tertakluk atas badan berwajib terhadap royalti karya muzik.

“Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ini kepada waris Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

“2022 antara tahun terakhir untuk semua waris dapat hasil harta intelek Allahyarham.

“Hak ini lupus 50 tahun selepas pencipta meninggal. Lagi ramai orang nyanyi, lagi banyak mereka dapat.

“Jadi terima kasih semua,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Altimet mencipta lagu Aduh Malaysia (Sakau Sakau Sakau) dengan mengubah lirik asal Ali Baba dengan 40 Penyamun hasil ciptaan P. Ramlee.

Lagu itu ditujukan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan dengan aktiviti mencuri duit rakyat sepanjang lebih 60 tahun memerintah.

Malah, menjadi trending sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika digunakan oleh pemimpin serta jentera PH untuk bahan kempen.

Ciapan yang tular di laman Twitter

Video yang tular di YouTube