“Jarang ada penonton berbangsa India..” Fasha Sandha Terharu Sugu Pavithra Meminatinya

Menerusi portal lifestyle Pepatung, Youtuber Sugu Pavithra memberitahu pelakon kegemarannya adalah Fasha Sandha.

Fasha terharu Youtuber Sugu Pavithra meminatinya

Sementara itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, berkata dia berasa terkejut dengan berita itu.

Penulis portal tersebut menghubungi dan memberitahu Pavithra sangat meminati pelakon itu serta sering mengikuti drama lakonannya.

Turut mengikuti drama lakonan saya

Fasha juga teruja apabila melihat wajah Pavithra yang cukup berbeza selepas mendapat sentuhan magis oleh jurusolek selebriti iaitu Razzi Musa.

“Sejujurnya saya terkejut apabila penulis menghubungi dan beritahu bahawa Sugu Pavithra yang terkenal di YouTube amat meminati saya serta mengikuti drama lakonan saya”.

“Malah dia turut menangis apabila menonton babak saya menangis“.

Jarang ada penonton berbangsa India mengikuti semua drama saya

“Saya amat terkejut kerana jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya”.

“Masa mula-mula Pavithra hubungi saya agak terkejut sebab muka dia tak sama macam saya tengok dalam berita, rupa-rupanya dah disolek dengan begitu cantik sekali”.

 

Fasha Sandra doakan kejayaan Pavithra dan suami

“Pavithra ada beritahu bahawa dia dan keluarga meminati saya dan saya berterima kasih serta turut memberitahu bahawa saya sentiasa doakan dia terus berjaya di saluran YouTube,” ujar Fasha kepada mStar.

Selain itu menerusi artikel di portal tersebut, Pavithra mendedahkan dia meminati subjek bahasa Melayu di sekolah

Pavithra tonton drama melayu untuk asah kemahiran bahasa melayu

Disamping itu, Pavithra banyak mengasah kemahiran bahasa kebangsaan itu dengan menonton drama-drama Melayu.

Ketika ditanya selebriti berbangsa Melayu yang paling diminati, Pavithra terus menyebut nama pelakon Fasha Sandha dan mereka dapat bersua menerusi panggilan video.

Pengikut Youtuber Sugu Pavithra cecah 716, 000

Pavithra dan suaminya mula menambat hati rakyat Malaysia di saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra menerusi video memasak menggunakan bahasa Melayu.

Sehingga kini, saluran YouTube pasangan itu sudah mencecah 716,000 pengikut.

Perkembangan terkini Fasha Sandha

Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi perkembangan terkini yang sedang menanti hari untuk melahirkan cahaya mata pertamanya dengan pelakon Aidil Aziz.

 

View this post on Instagram

 

It’s been a while. Lama betui tak dating dengan dia .. 😭

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Alhamdulillah saya dalam keadaan sihat. InsyaAllah akan bersalin hujung bulan depan. Saya masih fobia memandangkan dua kali keguguran sebelum ini”.

Luangkan masa bersama keluarga

“Tapi Alhamdulillah kandungan dah lebih lapan bulan. Sekarang ini, hari-hari saya luangkan masa bersama Aidil dan dua orang anak saya”.

“Selain itu, saya fokus masa dengan komitmen saya sebagai duta produk,” ujarnya.

Terdahulu, Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan sebelum ini dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

 

View this post on Instagram

 

😘❤️ . . . . . #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Selain itu, Fasah juga mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6 hasil perkahwinan terdahulu dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli.

Rata-rata netizen turut mendoakan semoga Fasha Sandha dan kandungan sentiasa sihat.