[VIDEO] “Bayangkan duduk sendirian, ada 5/6 suara dalam kepala..” Janna Nick Dah Tak Tahan..

Janna Nick atau nama sebenar beliau Nurul Jannah binti Munir merupakan seorang pelakon, pengacara dan juga penyanyi.

Pelakon ini semakin dikenali ramai menerusi lakonannya yang bersahaja dan beliau merupakan seorang pelakon muda yang berbakat besar.

Malah Janna juga turut memberanikan diri mengeluarkan single sulungnya ‘Mungkin Nanti’ yang turut menyerlahkan bakat beliau dalam bidang nyanyian.

Tidak mampu sembunyi tekanan kerjaya dan kehidupannya

Terbaru menerusi laman Instagram, pelakon ini mengejutkan orang ramai apabila memuat naik satu video mengenai dirinya ketika ini.

Menurut beliau, dirinya dianggap gagal apabila tidak dapat menyembunyikan lagi tekanan terhadap kerjaya dalam kehidupannya.

Terlalu bekerja keras hingga fizikal berasa letih

Dalam video tersebut, pemilik nama Nurul Jannah Munir itu mengakui terlalu bekerja keras sehingga fizikal berasa letih.

Namun begitu beliau memberitahu tidak mampu ‘melawan’ otaknya untuk terus berfikir mengenai kerja.

Saya tak boleh tak bekerja

“I’m a FAILURE. It’s not that I hate my career, or my work life. I LIKE WORKING. I tak boleh tak bekerja. My schedule is packed until end of this year.”

“My body is so tired, but my brain is not. Therefore my brain keeps pushing my body to keep working.”

“Even on days yang I nak rest, my brain will force me to think, think & think some more.”

Saya cipta untuk nampak saya gembira dan punyai hidup sempurna

“Imagine sitting alone, doing nothing but there’s 5/6 voices in your head that are giving you different ideas to work on.”

“ JANNA NICK “ Is a false reality that I’ve created to make me look happier & have a perfect life.”

Ini bukanlah saya yang sebenar

“It’s a mask, trying to cover up an unhappy past that I had. But,she’s not the real me. I’m tired of always having to pretend to be someone else.”

“I’m just a normal human who want to live a normal life. I don’t like talking, I don’t like meeting people.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Sekarang saya gembira tetapi

“Dulu bila I tak happy, I could find reasons for me not to be happy. Sekarang, I’m so happy tapi my brain won’t allow me to rest.”

“From this I know, that I am my own problem. But no worries, I’ll fix myself.”

Saya hanya perlukan rehat

“I don’t need anyone’s opinion, I don’t need anyone to understand me. Even I myself fail to understand my mind. I JUST NEED A BREAK.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Posting video yang dimuat naik oleh beliau di laman Instagram itu telah meraih hampir 200,000 tontonan sejak dimuat naik 2 jam lepas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa dan semangat supaya Janna dapat kembali pulih seperti sediakan.