“Janganlah aniaya saya sampai begini” Dicerai Talak Tiga, Vivy Mohon Amar Selesaikan Urusan

  "SAYA reda dan pasrah apabila diceraikan dengan talak tiga," kata isteri kedua pelakon Amar Asyraf, Vivy Jeffry ketika mendedahkan pelakon itu sudah menceraikannya dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu. Vivy, bagaimanapun memohon supaya Amar tampil untuk menyelesaikan urusan perceraian mereka di mahkamah secepat mungkin apabila usaha menghubungi menemui jalan buntu kerana pelakon [...]

Tahun lepas, pelakon lelaki ini digemparkan dengan pendedahan oleh seorang wanita yang mendakwa mahu mengahwininya tetapi dibatalkan di saat akhir kerana dia sudah beristeri dua.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Amar Asyraf sudah meninggalkan isteri keduanya itu, Vivy Jeffry dengan menceraikannya dengan talak tiga.

Menurut Vivy, dia redha dan pasrah dengan apa yang terjadi terhadap dirinya.

“Saya reda dan pasrah apabila diceraikan dengan talak tiga,” kata Vivy Jeffry.

Malah, menurutnya pelakon itu sudah menceraikannya dengan talak tiga pada 4 November tahun lepas lagi.

Sekat nombor telefon

Vivy juga memohon supaya Amar tampil untuk menyelesaikan urusan perceraian mereka di mahkamah secepat mungkin apabila usaha menghubungi menemui jalan buntu kerana pelakon itu menyekat nombor telefonnya.

Menurut Vivy, dia mahu menyelesaikan perkara ini dengan cara baik kerana tidak mahu bermusuh dengan sesiapa.

“Kalau boleh saya nak perkara ini diselesaikan dengan cara baik. Saya enggan bermusuh dengan sesiapa.”

Cerai luar mahkamah

Vivy juga memohon Amar datang ke mahkamah kerana penceraian itu berlaku di luar mahkamah.

“Saya cuma mohon Amar tampil untuk uruskan proses perceraian ini kerana ia berlaku di luar mahkamah. Disebabkan dia gagal dihubungi, saya sudah tidak boleh berurusan dengannya lagi.”

Vivy juga berharap Amar tidak menganiayainya dan mempermudahkan urusannya supaya berjalan lancar.

“Saya harap Amar janganlah aniaya saya sampai begini sekali. Permudahkanlah urusan ini agar proses perpisahan ini berjalan lancar,”

Malah Vivy memberitahu dia tidak menyimpan dendam atau marah terhadap suaminya itu meskipun diceraikan dengan talak tiga.

“Ketika perceraian itu, dia ditemani seorang rakan ketika kami menguruskan hal surat beranak anak”

Vivy juga dengan tenang memberitahu dia tidak menyimpan sebarang dendam ataupun marah terhadap Amar.

“Jujur tiada sekelumit dendam atau marah terhadapnya, kerana saya sudah pasrah dengan apa yang berlaku ini.

“Saya kini cuma mohon Amar tampil untuk menguruskan proses perceraian itu dengan segera supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.

“Jika diikutkan tempoh edah juga sudah hampir berakhir namun disebabkan hal yang berlaku ia tidak dapat disahkan oleh pihak mahkamah,” katanya.

Sebelum ini Vivy mendedahkan dia sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lepas.

Pernah tular sebelum ini

Malah, kisah mereka pernah menjadi tular apabila didedahkan oleh seorang wanita bernama Ellika Azman.

Elayka mendakwa hampir menikahi Amar sebelum dia mendapat tahu Amar sudah mempunyai dua orang isteri.

Menurut Elayka, pelakon lelaki tersebut merupakan kekasihnya juga sudah memiliki dua orang isteri.

Mari ikuti perkongsian beliau.

_______

Assalamualakum, mungkin apa yg akan i share malam ni akan mengejutkan dan menyakiti beberapa pihak.

Tapi demi Allah, apa yg i cuba sampaikan malam ini bukannya untuk kepentingan diri i seorang sahaja, tapi sebagai manusia yg ada perasaan dan jugak tahap kesabaran yg selama ni i cuba kawal sehabis mungkin untuk menjaga aiib and nama beberapa pihak yg terlibat termasuklah diri i sendiri.

I harap apa yg berlaku dalam hidup i selama setahun ni cukup nemberi pengajaran untuk diri sendiri dan jgak semua perempuan di luar sana.

September, 2018, my relationship with this one guy yg bertatus suami orang bermula.

I tahu benda ni memang salah and tak sepatutnya berlaku. But, i gagal. Bila hari2 dia text, call and meluahkan perasaan perasaan, lama2 i pun cair. Ya, my mistake. Tapi takde istilah i goda dia ya dalam hal ni. Cuma silap i, bila lama2 tu i terjatuh hati jugak dgn dia. So bermulalah kisah cinta antara i dgn this guy.

Sampai lah March, dia datang jumpa parents i mintak restu. Then benda ni berterusan and jadi lebih serious sampailah kami decide untuk bernikah.

And pernikahan tu sepatutnya berlaku minggu depan.

Nak dijadikan cerita, sejak makin nak dekat macam2 benda jadi so i decide to istikharah &.. ya, Allah have a better plan for me.

Alhamdulillah, last2 minute dpt tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak dari perkahwinan kedua ni.

Benda yang paling i terkilan and sedih, dia abaikan tanggungjawab dia as a husband and father sejak baby ni dilahirkan. Sekali pun tak pernah jenguk anak tu sampai ke harini.

So hari yang sepatutnya i patut jumpa his mama and abah, i sebenarnya dah decide nak diamkan je pasal benda ni and batalkan semua plan nikah ni. So.. tiba2 dpt call dari dia.

Niat i angkat tu sbnrnya nk bgtahu dia cancel jelah tp tiba2 kena tuduh dgn mama dia lepastu mintak i 100k lol. I akan share satu2 sbb taknak ada mana2 pihak anggap i reka cerita.

I, dia and Allah tahu apa berlaku.

I berani share walaupun benda ni mengaaibkan diri i jgak but i dh tak kisah dgn semua tu sbb i ingatkn i dh cukup teraniaya rupanya ada yang lebih menderita dari i which is his second wife. And i hope takde lagi yg akan jadi mangsa. Stay tuned for more 🙂