[FOTO] “Cantiknya Kak Lina” Majlis Sambut Menantu, Elly Mazlein Kongsi Gambar

Selebriti serba boleh Elly Mazlein hari ini berkongsi gambar semasa majli sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya di Kuala Krai, Kelantan.

Menerusi laman Instagram, Elly berkongsi kegembiraanya dengan memuat naik foto-foto tersebut.

“Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua.. Tq kerana bg lina rasa semua ni ..Tq atas kasih sayang ini  .. Terasa diri disayangi  Alhamdulillah 28 January 2020”

 

Rata-rata netizen memuji kecantikan dan keayuan Elly Mazlein.

“Cantiknya kak lina pom-pom”

“Ayu kak lina bertudung”

“Tahniah kak Elly, semoga kekal ke akhir hayat”

Malah, ramai juga peminat yang hadir di majlis tersebut memuat naik gambar bersama pasangan pengantin.

 

View this post on Instagram

 

Bukan selalu dijemput kenduri artis. @iamellymazlein #majlissambutmenantuazlanellymazlein #kampungpeople #ellymazlein

A post shared by Nik Nurmiza 😎 (@itsdekjaa) on

 

View this post on Instagram

 

Bukan selalu dijemput kenduri artis. @iamellymazlein #majlissambutmenantuazlanellymazlein #kampungpeople #ellymazlein

A post shared by Nik Nurmiza 😎 (@itsdekjaa) on

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi popular Elly Mazlein telah sah menjadi isteri kepada Cikgu Azlan, seorang jejaka yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan dengan sekali lafaz.

Selebriti serba boleh itu yang memiliki nama sebenar Syarifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah lama berstatus ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2015.

Elly Mazlein dan bekas suaminya Azmi Hatta telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Sefhia hasil perkahwinan mereka selama 11 bulan.