“Jangan panggil nama” Wanita Tampil Berikan Tips Jika Untuk Cari Anak Hilang Dalam Mall, Dakwa Panggil Nama Tidak Efektif

Baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang ayah panik mencari anaknya yang hilang daripada pandangan di dalam pusat beli belah malah kelihatan dia berlari sambil memanggil nama anaknya.

Keadaan bertambah cemas apabila ada seorang makcik memberitahu anaknya diculik. Dapat kita lihat si ayah mula tidak keruan sehingga cari di tengah jalan kerana takut anaknya melintas.

Pun begitu, terbaru seorang wanita yang juga seorang peguam tampil berkongsi tips anak hilang dengan cara yang lebih berkesan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @Reinalum, dia berkata bahawa perbuatan menjerit dan memanggil nama anak bukanlah cara yang efektif.

Sebaliknya, jerit ‘details’ yang anak anda pakai seperti warna pakaian, ketinggian atau sebarang maklumat yang membolehkan orang ramai membantu anda mengesan kehilangan si kecil itu.

Dengan cara itu, orang ramai akan lebih ‘alert’ dan membantunya mencari anak yang hilang bahkan peluang dia menjumpai anaknya sangat tinggi.

“…jerit, saya tengah cari budak lelaki, baju putih, seluar jeans, kasut warna hijau, pasti semua orang akan mula mencari anak tersebut..”

Tambahnya lagi, penculik juga akan membatalkan niat untuk menculik kerana orang ramai sedang memerhatikan ciri-ciri budak yang diberitahu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan tips yang diberikan oleh wanita ini dan ianya dilihat sangat efektif berbanding menjerit nama anak.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga mendedahkan bahawa cara tersebut telahpun lama dipraktikkan di negara barat.

Antara komen warga maya:

“another tips, take a full picture of our kids before going out. It will be easier to describe”

“this tip is more common in western countries too”


“tak pernah terfikir cara ni.. info yang sangat berguna”

Video yang tular di laman TikTok:

@reinalum This child was found, thank god. But please share this #parentingtips #lostchild #anakhilang #fypmalaysia #tiktokmalaysia #viralmalaysia ♬ original sound – Reina Lum