“Jackpot! Jackpot!” Makcik Minta Sedekah Kantoi Main Judi Online Siap Sorok ‘Phone’ Belakang Tabung Derma!

Seperti yang kita tahu, berjudi sememangnya satu perbuatan haram yang sangat dicegah dalam islam. Hal ini kerana terdapat banyak perkara buruk dan kesan negatif daripada berjudi.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peminta sedekah yang juga merupakan seorang makcik yang sudah berusia dilihat bermain permainan judi online di kaki lima sebuah pasar malam. nyata mengundang amarah ramai.

Manakan tidak, duit yang disedekahkan oleh orang ramai adalah untuk membeli keperluan seperti makanan, pakaian dan sebagainya namun bukanlah bertujuan untuk melakukan perbuatan haram dan keji.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ceocendoltapai, dapat kita lihat wanita itu sedang duduk dihadapan sebuah kedai yang menjual topi.

Bagaimana pun, seorang lelaki sempat merakam gelagatnya yang sedang curi-curi berjudi sambil telefon bimbit yang digunakan terhalang dengan tabung sedekah.


Difahamkan, wanita itu cuba menyembunyikan perbuatannya itu disebalik tabung derma namun gagal selepas pemilik video sempat merakam perbuatannya dari belakang.

Jika dilihat semula, wanita tersebut lengkap berpakaian seperti orang muslim dan perbuatannya itu jelas bercanggah dengan ajaran islam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap peminta sedekah tersebut yang cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh mengatakan ianya sebagai salah satu pelaburan dimana dia cuba menggandakan duit yang diberikan oleh orang awam dengan bermain judi.

Antara komen warga maya:

“Minta sedekah sambil spin.. baru betul 2 kerja dalam 1 masa”

“Dia nak gandakan duit yang korang melabur tu..”


“Ini macam pun boleh kerja kaa”

“Meminta derma sambil spin.. tup tup jackpot esok cuti”

“Sambil tekan, tasbih digital dekat tangan be like”

Video yang tular di laman TikTok:

@ceocendoltapai Jackport..Jackport😂#fypシ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – @ks.ravivarman