Disahkan Hidap Dimensia, Video Pak Lah Dibawa Jalan Diringi Sebuah Sajak Buat Ramai Sebak

Seperti yang kita sedia maklum, bekas Perdana Menteri Ke-5 Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 82, atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah yang juga merupakan bapa pembangunan modal insan kini disahkan telah menghidapi Demensia.

Malah perkara itu juga telah disahkan oleh menantunya sendiri Khairy Jamaluddin yang kini merupakan Menteri Kesihatan.

“Demensia itu satu situasi yang sangat kejam, kerana tubuhnya ada, mindanya tiada.” ujarnya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Pak Lah menjadi bualan ramai apabila pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi video di laman Facebook mengenai Pak Lah yang dibawa jalan bersama isterinya di sebuah taman.

Hantaran itu diiringi dengan kapsyen berbentuk sajak yang pernah ditulis oleh Pak Lah sendiri dan mengakhirinya dengan memanjatkan doa agar kesihatan PakLah kembali pulih seperti dahulu kala.


Berikut merupakan sajak Pak Lah yang dikongsikan semula oleh Fedtri:

Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
– Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui sebak melihat gelagat Pak Lah yang dibawa berjalan bersama isteri tercinta di sebuah taman.

Bukan itu sahaja, netizen juga memanjatkan doa agar dia diberikan kesembuhan dan dikuatkan ingatan semula.

Fedtri sendiri juga sempat berkongsi tentang ‘terapi tanpa ubat’ dimana merujuk kepada situasi Pak lah.

Antara komen warga maya:

“Pm yang bersara tak sibukkan lagi memikirkan hal politik berebut kuasa..”

“Jasa pak lah yang akan ku kenang sampai bila2..”


“Allahuakhbar.. sebak rasa melihat raut wajahnya yang tetap tenang.. semoga Allah merahmati dan melindungi Tun Abdullah Ahmad Badawi”

Video yang tular di laman Facebook: