Jack Ma Derma RM59 Juta Untuk Bangunkan Vaksin Koronavirus

USAHAWAN tersohor dunia, Jack Ma mendermakan 100 juta yuan (RM58.92 juta) melalui yayasannya bagi membantu membangunkan vaksin baharu melawan koronavirus yang telah menjangkiti ribuan orang dan membunuh sekurang-kurangnya 170 mangsa. Media sosial milik Yayasan Jack Ma berkata, 40 juta yuan (RM23.57 juta) akan diberikan kepada dua buah organisasi penyelidikan kerajaan China. "Baki daripada wang tersebut [...]

Jack Ma telah mendermakan 100 juta yuan (RM58.92 juta) melalui yayasannya bagi membantu membangunkan vaksin baharu melawan koronavirus yang telah menjangkiti ribuan orang dan menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 170 mangsa.

Menurut satu perkongsian oleh media sosial milik Yayasan Jack Ma, 40 juta yuan (RM23.57 juta) akan diberikan kepada dua buah organisasi penyelidikan kerajaan China.

Manakala baki wang akan digunakan untuk pencegahan dan juga rawatan pesakit sedia ada.

“Baki daripada wang tersebut akan digunakan untuk menyokong langkah pencegahan dan rawatan,”

Menurut laporan SBS News, perkara itu diumumkan susulan syarikat yang diasaskan Jack Ma, Alibaba membangunkan dana sebanyak 1 bilion yuan (RM59 bilion) bagi membeli bekalan perubatan untuk Wuhan dan seluruh wilayah Hubei.

Bagi yang tidak mengenali, Jack Ma atau nama sebenarnya Ma Yun ialah seorang usahawan berjaya yang berasal dari Hangzhou, Zhejiang, China.

Jack Ma adalah Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, yang merupakan keluarga perniagaan berasaskan Internet yang sangat berjaya.

Malah, Jack Ma adalah ahli perniagaan dari China yang pertama yang muncul di muka depan Forbes.

Kekayaan Jack Ma sehingga hari ini adalah bernilai RM180 bilion.