Jabatan Kastam Malaysia Sita 6 Kereta Mewah Lamborghini

Siapa sangka di Malaysia juga berlaku sindiket pemalsuan dan penyelewengan dokumen pengimportan melibatkan kereta mewah melibatkan enam buah Lamborghini Huracan. Menurut laporan, sebanyak 21 kereta telah disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Antara model kereta mewah lain yang dirampas adalah tujuh Toyota Vellfire, empat Toyota Estima, dua buah Mercedes Benz CLS350, BMW525i dan Toyota Alphard. [...]

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyita enam buah ‘supercar’ Lamborghini Huracan kerana didapati menyeleweng dokumen pengimportan.

Selain itu terdapat lagi 21 buah kereta disita iaitu tujuh Toyota Vellfire; Toyota Estima (empat); Mercedes Benz CLS350 (dua) dan masing-masing sebuah kereta jenis BMW525i dan Toyota Alphard.

Kesemua kereta mewah itu disita oleh sepasukan anggota dan pegawai JKDM, Unit III (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), Zon Tengah dalam dua serbuan berasingan di dua buah syarikat pengimportan kenderaan di Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu.

Berdasarkan hasil sitaan, dianggarkan kesemua kereta ini bernilai RM12.2 juta termasuk duti dan cukai.

https://www.youtube.com/watch?v=FndakNBE6wo

Siasatan juga mendapati dua syarikat berkenaan cuba menyeleweng dokumen dengna mengikrar tarikh pengilangan yang tidak benar serta usia kereta yang palsu.

Laporan menyatakan ereta Lamborghini tersebut adalah pada 2016 dan 2017 manakala syarikat tersebut telah menyeleweng dokumen dengan memalsukan tarikh keluaran antara 2012 hingga 2014.

Penyelewengan ini dibuat bagi mengelakkan pembayaran cukai yang tinggi.

Pihak JKDM turut menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti melibatkan penyeludupan dadah serta barangan-barangan lain seperti kereta, rokok, minuman keras dan mercun ke Talian Bebas Tol Kastam. Anda boleh tonton video dibawah untuk melihat kereta yang dirampas JKDM.