Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd) telah menurunkan harga model kereta tertentu di antara 1 ke 3% berikutan pengenalan cukai SSt 2.0 (cukai jualan dan perkhidmatan) .

Datuk Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd berkata kesan daripada struktur cukai SST yang baru itu, hampir semua model kereta Perodua akan diturunkan harga.

“Kami ingin berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia, terutama 3.3 juta pelanggan yang memilih Perodua sebagai jenama pilihan.

Perodua mengucapkan terima kasih buat Rakyat Malaysia khususnya para pelanggan mereka seramai 3.3 juta orang kerana terus konsisten memberi sokongan  sehingga dinobat sebagai jenama kereta tempatan pilihan ramai.

“Kami akan terus menawarkan nilai terbaik di pasaran Malaysia melalui harga baharu kami,” tambahnya.

Jika anda terlepas peluang untuk membeli kereta semasa ‘tax holiday’ dari bulan Jun hingga Ogos yang lepas, sekarang adalah masa sesuai untuk membeli kereta pada harga yang rendah.

Sumber Rujukan: thesundaily.my