Izreen Alahan Teruk Tidak Boleh Kerja Berat, Ini Respon Ex-Madunya Intan

Setelah beberapa lama berkahwin, Izreen Azminda telah mengumumkan kini sedang hamil tiga bulan. Berita gembira itu dimuatnaik menerusi sekeping gambar ultrasound di Instagram. Suami, Ude Wahid turut mengucapkan syukur dengan rezeki tahun 2019 itu.

Melalui Harian Metro, Izreen memberitahu dia kini mengalami alahan teruk berbanding kehamilan pertama enam tahun lalu

Tambah Izreen lagi, dia terpaksa menolak beberapa tawaran drama dek kerana keadaan kesihatannya sekarang.

Alhamdulillah, ini rezeki buat saya dan suami. Selepas lebih setahun berkahwin, Allah SWT berikan nikmat ini pula. Insya-Allah, saya dijangka bersalin Julai ini.

Cuma, kehamilan kali ini tak macam yang pertama. Saya kena alahan teruk hingga tidak boleh langsung buat kerja berat. Jika tidak, saya akan mudah berlaku pendarahan.

Selepas peringkat pertama kehamilan, saya sudah okay sikit. Setiap hari saya berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan hingga bersalin nanti. Saya juga berharap anda doakan yang baik-baik untuk saya.

Alahan teruk

Menurutnya lagi, dia kena alahan teruk sehingga langsung tidak boleh membuat kerja berat. Dia turut menolak dakwaan tidak lagi menerima tawaran berlakon selepas berkahwin.

Sejak Oktober lagi saya sudah terima banyak tawaran berlakon drama. Cuma, saya terpaksa tolak cara baik selepas tahu saya hamil.

Ditambah pula dengan keadaan dan kesihatan yang tidak menentu ketika itu sukar untuk saya memberikan sepenuh komitmen. Saya tak nak menyusahkan kru dan pelakon lain. Ketika kehamilan pertama, saya sangat aktif.

Apa pun, saya nak berterima kasih kepada penerbit dan stesen TV yang masih percayakan bakat saya. Jadi, dakwaan saya tidak ada tawaran berlakon seperti dilaporkan baru-baru ini adalah tidak benar. Saya tak nak beritahu perkara sebenar sebab usia kandungan masih awal

Bekas madu pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh mengucapkan tahniah kepada aktres terbabit yang sedang hamil.

Ucapan itu disampaikan Intan melalui jawapan kepada pengguna melalui Instastory sebentar tadi.

“Alhamdulillah… Tahniah ex madu. Insya-Allah bonda pun berhak bahagia. Gitu.

“On the way lah ni ke jalan bahagia,” tulis Intan.

Izreen tengah hari tadi telah mengumumkan kini sedang meniti hari untuk menimang cahaya mata sulung bersama Ude.

Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5.

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.

Terdahulu, Izreen turut memuat naik gambar imbasan ultra bunyi kandungannya yang diletakkan bersebelahan pakaian bayi tertera tulisan I Love Mom & Dad.

Bagaimanapun Izreen tidak memberi sebarang butiran mengenai kehamilannya itu.

Izreen dan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 31, berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik itu yang ketika itu sudah pun mempunyai isteri.

Ude pada 22 Mac tahun lalu, menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh selepas lima tahun berkahwin.

Pasangan itu mempunyai dua anak bersama Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun.

Manakala Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakam seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar berumur enam tahun.