Anak Dah Dua Tapi Body Macam Anak Dara, Rupanya Fatin Afeefa Buat BENDA Ini Setiap Malam

Meski dikurniakan dua orang cahaya mata, namun penampilan dan fizikal pelakon Fatin Afeefa kekal bagaikan seorang anak dara.

Lalu, impiannya juga adalah untuk kekal langsing, dengan miliki pinggang ramping!

Kisahnya, pelakon berusia 24 tahun itu ada memuat naik sepotong video di akaun Instgaram, menyatakan perasaan gembira dan teruja apabila berjaya mendapatkan pinggang ramping bak kerengga!

“My goals for 2019 is nak dapatkan pinggang 24 inci..I sangat happy! I nak buat challenge utk dapatkan pinggang 24 inci .. Yeah! Saya berjaya 2 minggu lepas! I dh berjaya…

“Senang je tips , korang kena pakai 8 jam sehari, I akan pakai masa tidur sahaja,” katanya sambil merakam video berkenaan, sambil menyatakn bengkung yang dipakai juga selesa.

“Pakai without fail every day time tidur for 8 hours. Nak lagi best, pakai hot lotion. Selesa sangat.

“Sekarang nak tidur kalau tak pakai, rasa tak complete. Gonna rock my 2019 with my 24 inch waist,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata memuji kesungguhan Fatin dalam penjagaan bentuk badan ideal.

Antara perkara lain yang diamalkan bintang drama Kekasih Paksa rela itu juga seperti rajin ke gimnasium dan mengamalkan cara hidup yang sihat.

Dalam pada itu bekongsi perihal peribadi, Fatin Afeefa mengakui salah memilih kawan antara faktor yang mendorong kepada perceraiannya bersama bekas suami, Adam Shahz, sejak 30 Mei lalu.

Fatin berkata, usia mudanya juga membuatkan beliau mudah terpengaruh dengan kata-kata rakan, yang menyumbang kepada keretakan rumah tangganya bersama Adam, yang juga seorang pelakon.

“Perceraian ini mengajar saya supaya berhati-hati memilih kawan bagi memastikan diri tidak terpengaruh dengan perkara negatif. Selain itu, kita juga tidak tahu agenda di sebalik keikhlasan mereka berkawan dengan kita.

“Selepas bercerai pula, saya tidak perlu bersusah payah menjauhkan diri daripada mereka kerana masing-masing terlebih dulu berbuat demikian terhadap saya. Mereka secara tidak langsung turut mendorong saya untuk membuat keputusan itu (berpisah).

“Saya tidak mempunyai ramai kawan, jadi apabila tersebarnya perkara tidak enak mengenai perihal rumah tangga, pasti saya sudah dapat menghidu dari mana punca cerita itu keluar,” katanya.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.