Itinerari Turki 11 Hari

Republik Turki ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan bahagian kecil wilayahnya terletak di Wilayah Balkan Barat Laut Benua Eropah.

Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu Bulgaria di barat laut; Greece di barat, Georgia, Armenia dan Azerbaijan di timur laut; Iran di timur; dan Iraq dan Syria di tenggara. Selain itu, ia menyempadani Laut Hitam di utara, Laut Aegea di barat, dan Laut Mediterranean di selatan.

Disebabkan oleh lokasinya yang strategik di persilangan dua buah benua, budaya Turki merupakan campuran budaya Timur dan Barat yang unik yang sering diperihalkan sebagai jambatan antara dua buah peradaban.

Itinerari Turki 11 hari ini adalah perkongsian dari Hani Syahida yang menjelajah Turki selama sebelas hari bersama rakannya.

Winter holiday kali ini saya dan seorang kawan yang tinggal di Manchester berpeluang bermusafir selama sebelas hari ke Turki dengan niat menghayati keindahannya yang sering diperkatakan dan memahami dengan lebih mendalam khazanah sejarah yang tersimpan di sana.


Atas permintaan beberapa rakan, dalam entry kali ini, saya sertakan itinerary ringkas sepanjang berada di sana sebagai rujukan dan panduan semua pembaca kala-kalau ada yang berhajat ingin melancong ke sana. 

Kami menaiki pesawat Swiss Airlines dari Manchester, dan singgah transit selama satu jam di Zurich Airport (sempat lah nak check in Forsquare, lol) dan mendarat di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul sekitar jam 5 petang. Wakil tour agent kami sudah siap menunggu untuk pick up dan di hantar ke terminal bas Istanbul. (bagi trip di luar Istanbul, kami mengambil pakej tour).

Hari 1

Tiba di Istanbul, dijemput oleh tour agent untuk ke terminal bas. Kami menaiki overnight bas ke Cappadocia, perjalanan mengambil masa 11 jam.

Hari 2

Tiba di Cappadocia & check in di Cave Hotel.

Tempat dilawati- Goreme open air museum, sekitar Goreme, dan kilang membuat karpet dan seramik.

Hari 3

Hot air balloon tour!


Selepas check out dari hotel, kami menaiki bas ke Konya (5 jam)

Tempat dilawati- Jalaluddin Ar Rumi Tomb, Mosaic Museum, Alâeddin Mosque. Dinner di Konya Mutfagi.

Overnight bus ke Selcuk (9 jam)

Hari 4

Tiba in Selcuk.

Tempat dilawati- The House of the Virgin Mary (Meryemana) dan Ephesus. Sempat juga berjalan-jalan sekitar market (macam pasar malam tapi cuma buka sampai 6pm).
Overnight bus balik ke Istanbul (9 jam)

Hari 5

Tiba in Istanbul. Check in di Hippodrome Hotel (recommended)

Tempat dilawati- Ayasofya Muzesi dan Blue Mosque (Sultan Ahmet Camii). (Tak banyak dapat cover hari ni sebab tidur lama kepenatan dari perjalanan panjang sebelum ni)

Hari 6

Tempat dilawati– Topkapi, Hippodrome, Panaroma Museum, Bosphorus Cruise, Beyazid

Hari 7

Tempat dilawati– Eyup, Pierre Loti (Golden Horn), Dolmabahçe PalaceTaksim

Hari 8

Trip ke Bursa – Ulu CamiiKoza Han, dan sekitar Bursa

Hari 9

Tempat dilawati- Fatih, Sulaimaniye, Grand Bazaar

Hari 10

Trip ke Üsküdar (bahagian Asia bagi Istanbul) – Şakirin Camii, Çamlıca Hill

Eminonu

Hari 11

Sekitar Sutanahmet dan Arasta Bazar. Pulang

Hotel yang kami duduk di Istanbul terletak di kawasan Sultanahmet iaitu kawasan tumpuan pelancong. Di sini lah terletaknya Blue Mosque, Ayasofya, Topkapi, beberapa Museum, Basilica Cistern, Arasta Bazar. Banyak hotel di kawasan ni, jadi saya sangat-sangat recommend korang duduk area ni kalau ke sana 🙂

Harga bagi pakej tour di luar Istanbul termasuk pengangkutan, hotel, makan, hot air balloon, lawatan dan tiket masuk. Bas untuk trip jauh ni semua selesa, disediakan makanan, ada skrin sorang satu macam naik kapal terbang dan wifi. Bas jugak singgah di beberapa ‘RnR’. Tempat-tempat dengan tulisan bold adalah tempat yang bagi saya sangat-sangat berbaloi dan ‘must go’ gitu.

Pekongsian itinerari Turki selama 11 hari ini adalah dari posting asal Hani Syahida di link ini.

Jom tengok hotel yang ada di sekitar Istanbul.



Booking.com