Thursday , June 21, 2018
Home / Viral / Isu Panggilan Hangit Jelajah Berbasikal – Hot FM Mohon Maaf

Isu Panggilan Hangit Jelajah Berbasikal – Hot FM Mohon Maaf

PIHAK pengurusan Hot FM memohon maaf di atas isu panggilan hangit yang hangat diperkatakan ketika ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan,  pihak pengurusan memohon maaf kepada semua pendengar Hot FM yang terkesan atas siaran Panggilan Hangit tersebut.

“Hot FM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan dan menyinggung mana-mana pihak terbabit. Isi kandungan adalah berdasarkan permintaan yang telah dicadangkan kepada kami.

“Sekali lagi, Hot FM ingin memohon maaf kepada semua pihak yang telah tersinggung mengenai isu ini. Terima kasih,” petikan kenyataan tersebut.

Sebelum ini, segmen Panggilan Hangit Hot FM telah membuat panggilan kepada salah seorang pendengar yang ketika ini sedang menjalankan misi menjelajah satu Semenanjung dengan berbasikal melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan.

Untuk itu, pendengar tersebut, Zairi akur dengan kehendak penyampai radio yang meminta dia melakukan perkara-perkara yang dipinta.

Namun, selepas dilaksanakan rupa-rupanya ia hanya sekadar gurauan sahaja.

Oleh itu perkara ini telah mendapat perhatian netizen dan menganggap stesen radio tersebut tidak sensitif.

Sumber: Sinar Harian

About Yoy

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Check Also

PBB (UN) Batalkan Baitulmaqdis Ibu Negara Israel

Baitulmaqdis atau Jerusalem bukan ibu negara Israel. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan …