Isu Ikan Siakap Langkawi, KPDNHEP Keluar Notis Kepada Pemilik Restoran

Seperti yang kita tahu, beberapa hari lepas tular di media sosial tentang ikan siakap langkawi yang dikatakan harga ‘cekik darah’ iaitu  RM1196.80 seekor.

Susulan tular harga ikan Siakap mencecah empat angka, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, memberi tempoh selama lima hari kepada pemilik restoran berkenaan untuk menjelaskan kos operasinya.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad, penjelasan tersebut perlu diberikan sebelum 11 November 2021.

“KPDNHEP telah mengeluarkan notis kepada pemilik restoran berkenaan ketika tinjauan pegawai KPDNHEP pada 5 November. Penjelasan perlu diberikan oleh pemilik restoran sebelum 11 November ini.

“Segala maklumat yang diberikan akan dianalisis menggunakan mekanisme pencatutan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Antara keterangan yang diperlukan adalah maklumat berkaitan kos operasi termasuk kos barangan, kos utiliti serta kos upah berdasarkan kepada peratusan mark up atau peratusan margin bagi tempoh tiga tahun sebelumnya,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, notis itu bagaimanapun tidak bermakna pemilik restoran terbabit sudah melakukan kesalahan dan kes ini difahamkan diklasifikasi sebagai dalam siasatan.

Disebabkan isu yang membangkit ini tidak hanya melibatkan seorang pelanggan sahaja, jadi pihak berwajib telah menerima banyak laporan mengenai hal ini.

Bagaimana pun, sebelum ini wakil dari restoren tersebut yang dikenali sebagai Syikin Musa tampil membuat penerangan tentang isu itu.

“Assalamualaikm Sy wakil dari restaurants yg viral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg,. Disini Sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian , berkenaan dgn size ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dgn size ikan yg besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni.”

“Dan Sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan(ikan merah Dan kerapu). Size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega. Dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing”

“Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya. Berkenaan dgn anggaran size yg ditunjukkan Oleh pihak kami yg di katakan memanipulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar Dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja.”

“Tetapi beliau Masih lg proceed untuk order. Dan ada yg mention berkenaan telur dadar yg mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dlm satu plate dan telur itu bersize besar Dan Sy rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yg perlu di keluarkan”

“Point kedua berkenaan dgn cad credit 5% pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yg di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah Rm1759.50 Dan bil kedua berjumlah Rm93.00 total untuk 2 bil tersebut rm1852.50.”

“Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan “pasrah” dgn bill juga tu juga order lobster(950g) hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau. Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood.”

“Ikan di darat dijual mungkin rm9/100gram tetapi kami menjual rm16/100gram disebabkan ikan hidup. Byk yg dalam Komen mention pejabat zakat lhdn apa semua jgn risau semua kami pembayar zakat Dan cukai sebagai warganegara malaysia.”