Isu Azfar Heri Dapat Satu Beg Kacang MAS, Bekas Pramugara Zarul Umbrella Tampil Bersuara

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang influencer terkenal Azhar Heri telah menerima satu bungkus plastik yang dipenuhi pek kacang Malaysia Airlines dipercayai diberi oleh seorang pramugari ketika dia menaiki pesawat tersebut selepas terjaga dari tidurnya.

Susulan perkongsian tersebut, ramai warganet yang mempersoalakan tindakkan pramugari itu dan mengatakan Azhar Heri seperti bangga menayang satu bungkus plastik yang dipenuhi pek kacang Malaysia Airlines itu.

Pun begitu, isu ini telah menerima perhatian dari seorang penyanyi dan juga bekas pramugara Malaysia Airlines Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zairulkefli bin Husin yang tampil memberikan pendapat tentang isu tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok, dia meluahkan perasaan kecewa dengan tindakkan pramugari berkenaan yang memberikan seorang penumpang sekampit pek kacang tersebut. Manakan tidak, sebagai seorang pramugari sepatutnya pek kacang tersebut diberikan secara sama rata kepada semua penumpang.


Menurut penyanyi vokalis kumpulan Umbrella ini, SOP yang sepatutnya adalah setiap penumpang hanya diberikan satu pek kacang sahaja namun boleh diberikan kira-kira 5 atau 6 pek sekiranya diminta. Jika penumpang meminta lebih dari apa yang sepatutnya, pihak krew kabin harus menolak permintaan tersebut kerana perlu mengambil kira stok kacang tersebut untuk diberikan kepada penumpang di penerbangan yang seterusnya.

Dalam pada itu, Zarul menjelaskan mungkin terdapat stok yang lebih dan pramugari tersebut telah berbaik hati untuk memberi pek kacang tersebut kepada influencer itu. Tambahnya lagi, mungkin kesilapan pramugari berkenaan ialah dia tidak menasihatkan Azfar Heri untuk tidak menghebohkan perkara berkenaan kerana itu bukanlah prosuder yang ditetapkan.


 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga bersetuju dengan pendapat penyanyi itu kerana pek kacang tersebut tidak boleh diberi secara suka-suka daripada biasa tanpa keizinan pihak atasan.

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan pernah menerima sekampit pek kacang tersebut tapi enggan ‘post’ di laman sosial kerana mengetahui kacang Malaysia Airlines digemari ramai dan bimbang ada yang teringin.

Antara komen warga maya:

“Kacang tu hak milik MAS, tak boleh suka-suka beri lebih daripada biasa. Kabin krew tak sepatutnya buat gitu, tanpa keizinan ofis..”

“Pandai makan pandai simpan, tapi apa-apa pun MAS lagi terbaik dari AA..”

“Sebab dia influencer..anak buah i pernah dapat banyak gak tapi tak viral lah hahaha..”

“Pernah dapat lebih sebab duduk paling belakang sekali, tapi takde lah lah sampai up gambar sebab tau kacang tu ramai yang suka..bimbang ada yang teringin..”

“Pernah je dapat sekampit kacang tu tapi takdelah tunjuk satu dunia hhahha”


Video yang tular di laman TikTok:

@zarulumbrellaofficialIni pendapat saya melalui pengalaman♬ original sound – zarulumbrellaofficial

Sekadar info, ketika artikel ini ditulis video tersebut telah meraih 277.6k tontonan, 22.5k tanda suka, 653 komen, 857 simpanan dan 345 perkongsian dilaman TikTok.