Hanya kerana tidak menyediakan sarapan pagi, seorang lelaki berang dan sanggup bertindak luar kawalan dengan mengurung’ isterinya di dalam sebuah Pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi di Klang.

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner, Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian pada jam 7.15 pagi, mangsa berusia 27 tahun bukan saja dibiarkan di dalam rumah tetapi  telah ditolak di kepala dan badan oleh suaminya hingga terjatuh.

Malah, mangsa kemudian dikunci di dalam rumah serta telefon bimbitnya diambil.

“Selepas itu, mangsa dikunci dari dalam rumah dan telefon bimbitnya turut disimpan oleh suspek berusia 28 tahun bagi mengelak isterinya menghubungi orang lain.

“Bagaimanapun mangsa telah meminta jiran depan rumahnya untuk menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi media pada Selasa.

Shamsul Amar turut memberitahu, anggota polis telah datang ke rumah berkenaan dan melepaskan suri rumah itu sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Pada masa sama, pihak polis turut berjaya menahan suami wanita tersebut di rumah pada petang Isnin.

“Sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek di rumah sama pada jam 5.15 petang. Siasatan awal, lelaki itu mengaku terlibat dalam kes itu,” katanya.

Menurut beliau lagi, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah.

BACA: [VIDEO] “Awak malang dapat suami macam saya,” Isteri Menangis Suami Dihina ‘Lembut’

“Siasatan lanjut akan diteruskan selepas permohonan reman di Mahkamah Klang pada hari ini (Selasa).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.