Dah Tak Boleh Pilih Kurier di Shopee, Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati

Aktiviti membeli-belah di atas talian semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat hari ini.

Lebih-lebih lagi dalam menempuh era PKP yang sepertinya tak berkesudahan, tabiat ini semakin berkembang dengan pantas selari dengan kemudahan e-dagang yang tersedia.

Seperti yang semua sedia maklum, dengan servis atas talian ini, kita boleh membeli-belah atau melakukan pelbagai perkara hanya di hujung jari sahaja.

Namun ada satu berita yang kurang enak bagi pengguna aplikasi Shopee kerana bermula 17 Jun 2021, Shopee akan menggunapakai penghantaran standard.

Shopee tidak lagi membenarkan pengguna memilih kurier penghantaran yang mana akan ditetapkan secara automatik oleh sistem.

Menurut Shopee langkah tersebut adalah untuk meningkatkan lagi kadar kecekapan logistik.

Penghantaran baharu itu adalah serendah RM2 dan menurut mereka ini memberikan kebaikan buat pembeli.

Sehubungan itu, pengguna sekadar diberikan pilihan Standard Delivery, Economy Delivery dan Lain-lain.

Pilihan untuk syarikat kurier akan dilakukan pada bahagian latar tanpa pengetahuan pengguna dan juga berdasarkan tetapan oleh sesuatu kedai penjual pada platform berkenaan.

Dengan langkah tersebut secara tidak langsung membolehkan Shopee mempromosikan perkhidmatan logistik Shopee Express atau Sea Shipping melalui pilihan penghantaran ekonomi.

Tinjauan di ruangan komen laman Instagram Shopee, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati mengenai perkara ini.

Terdapat penjual di Shopee meluahkan rasa tidak senang dengan keputusan ini kerana bakal memberi impak kepada ratng kedai online mereka.

“Baik untuk pembeli ja la abis untuk yang jual ni sebab kan courier lambat rating rendah salah kan seller bukan salah courier pastu kalau courier shopee x dak dekat dalam kawasan dekat macam mana nak p hantar? Senang2 ja tukar tanpa undi dulu dengan seller and buyer,”

Malah, ada yang sanggup bayar mahal untuk pemilihan kurier kerana terdapat syarikat kurier yang memberikan servis tidak memuaskan di sesetengah tempat.

“I have very bad experiences with j&t at my place and I’m willing to pay more for poslaju so why are you denying my right to pick the best courier for me?”

“No one asked for this change! All we want is smoother transactions during major sales and more free shipping vouchers! But what do we get? Stripped of our choice to choose our preferred shipping couriers Please reconsider this!”