Isteri ‘Pergi’ Berlanggar Dengan Kereta Peronda, Suami Terduduk Menangis Hiba Tepi Jenazah

Seorang wanita disahkan maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh pacuan empat roda polis.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Syed Alwi berhampiran Jabatan Veterinar Perlis tengah hari semalam.

Mangsa adalah Azila Che Pa

Menurut Harian Metro, mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah Azila Che Pa dari Kampung Ujong Batu, Utan Aji.

Selain itu, mangsa dikatakan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata pacuan empat roda yang dipandu anggotanya membawa seorang lagi anggota polis bersama dua anggota tentera dari Utan Aji menuju ke Kangar.

Mangsa tercampak ke laluan bertentangan

“Bagaimanapun, ketika di persimpangan, mangsa yang menunggang dari arah Jalan Persiaran Wawasan melanggar bahagian kanan kenderaan semasa melintas”.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan manakala motosikalnya terseret sejauh 20 meter,” katanya.

Walau bagaimanapun Wari berkata, anggotanya bersama anggota tentera yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan

Kemudian, mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bersyukur sangat dapat isteri seperti awak

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila menjenguk ke laman Facebook suami mangsa Hasnol Izwan yang memuat naik satu posting mengenai isterinya yang menyentuh hati.

Suami mangsa sempat meluahkan rasa kehilangan isteri tercinta dan tidak akan melupakan kenangan sepanjang bersama hayat Allahyarham.

Diharap suami dan ahli keluarga mangsa tabah dalam menghadapi ujian ini dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman