“Aku tak perlu minta maaf sebab..” Dituduh ‘Kencing’ Dapat Biasiswa NASA, Ini Penjelasan Azhar Ali

Azhar Ali menerusi akaun Twitter beliau semalam memuat naik status bersyukur kerana tidak menyangka akan mendapat tawaran biasiswa.

Ia sebagai ganjaran selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024.

Berjaya mendapat biasiswa dari NASA

Berita gembira yang dikongsikan oleh Azhar Ali sebelum ini mengenai kejayaannya mendapatkan  “Super Distinction score” sebanyak 96.77 untuk Spacesuit Interface Efficiency Level.

Muhammad Azhar Ali mendakwa dia dimaklumkan oleh pegawai NASA telah berjaya melayakkan diri dalam kalangan 1 peratus skor terbaik dalam cabaran mereka cipta sut angkasa lepas untuk ke Marikh.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah

Tweet pemuda berkenaan menerima 22,500 perkongsian (retweet) dan lebih 34,400 tanda suka.

Malah turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Azhar didakwa menipu 

Namun begitu, ada isu yang timbul apabila berita mengenai biasiswa itu dikatakan tidak sahih.

Menerusi posting terbarunya di twitter hari ini, Muhammad Azhar akhirnya membuka mulut membuat pengakuan bahawa dia adalah mangsa penipuan oleh ‘scammer’.

Saya punyai kebarangkalian menjadi mangsa scam

“Dua perkara berlaku, yang pertama orang mula menyampaikan ucapan tahniah kepada saya”.

Namun begitu, ada di antara mereka yang mula memeriksa kesahihan capaian yang disertakan dalam email itu. Terima kasih, anda semua hero saya”.

“Dalam e-mel itu ada disertakan capaian kepada satu portal, di mana saya boleh memuat naik foto peribadi, dan ini merupakan indikasi pertama saya mempunyai kebarangkalian untuk menjadi mangsa scam”.

“Jadi saya melakukan tangkapan skrin untuk anda lihat sendiri,” lapor astro awani.

Berhenti buat kenyataan tidak tepat

Sementara itu, ujar Muhammad Azhar lagi, dalam masa sama, dia juga telah menerima satu lagi e-mel, yang mendakwa mereka dari National University of Singapore (NUS), tetapi kiriman itu tidak menggunakan domain NUS.

Melihat cara kiriman tersebut membuatkan dia mula merasakan itu satu lagi indikasi ‘scam’.

“Di atas peluang ini, saya memohon agar semua orang berhenti membuat kenyataan yang tidak tepat mengenai diri saya”.

“Saya merupakan seorang pelajar, dan saya sedang menuju ke puncak karier saya. Saya telah menerima banyak tawaran dari institusi bereputasi tinggi dari luar negara”.

Saya tidak akan  memohon maaf 

“Saya memohon kepada rakyat Malaysia untuk tidak membawa risiko kepada karier saya di masa akan datang, ekoran isu ini” ujarnya lagi.

Sementara itu, Azhar turut bertegas dia sama sekali tidak akan memohon maaf kerana menjadi mangsa ‘scam’.

Reaksi Khairy Jamaluddin

Selain itu, Tweet tersebut turut mendapat perhatian Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin.

Semoga segala salah faham yang tercipta dapat dirungkaikan dan diharap semua orang perlu memastikan kesahihan sesuatu perkara sebelum berkongsi di media sosial.