Isteri ‘Pergi’ Angkara Pemandu Mabuk, Bapa Bawa Anak Bergambar Persis Seperti Ibunya

Kehilangan insan tersayang pastinya tidak dapat kita lupakan lebih-lebih lagi apabila kehilangan isteri tercinta ibarat dunia ini gelap seketika.

Namun sebagai manusia yang berpegang dengan agama mestilah meneruskan hidup. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang telah kehilangan isterinya disaat mengandungkan bayi pertama mereka yang berusi 8 bulan.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh seorang individu di akaun Instagram. Gambar itu memaparkan seorang lelaki dan anaknya yang comel berusia setahun membuat sesi pengambaran di sebuah tempat yang pernah dia dan isterinya bergambar ketika kandungan isterinya mencecah 8 bulan.

Menerusi perkongsian itu, dikatakan isterinya bernama Yesenia telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya telah dilanggar oleh individu yang mabuk.

Lebih memilukan apabila kandungan isterinya dapat diselamatkan dan berjaya melahirkan anak mereka yang kini dinamakan Adalyn.

 

“Tahun lalu dia dilanggar oleh pemandu di bawah pengaruh arak. Dia mengandung 8 bulan dengan Adalyn. Apa yang lebih ajaib ialah Adalyn selamat.”

“Kami kembali ke tempat kami merakam gambar bersalin mereka pada tahun 2020. Penghormatan yang indah untuk Yesenia. Selamat ulang tahun pertama Adalyn.” kata lelaki itu.

Tambahan lagi, sesi pengambaran tersebut dilakukan sempena ulang tahun kelahiran Adalyn yang pertama.

Ia dilakukan di tempat yang sama dengan ibunya serta dipakaikan gaun berwarna merah jambu persis seperti ibunya untuk dijadikan kenangan abadi.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen yang turut sedih dengan pemergian si ibu dan Adalyn yang harus membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.

Namun begitu, anak kecil itu masih mempunyai seorang ayah yang sangat penyayang dan dialah penyebab ayahnya menjadi seorang yang kuat.


Bukan itu sahaja, netizen turut meluahkan rasa simpati malah memberikan kata-kata semangat serta ucapan hari lahir buat puterinya.

“Anak perempuannya memberi dia sebab untuk masih tersenyum. Perkara itu sukar untuk diterima”

“Selamat Hari Jadi bayi ajaib. Semoga tuhan berikan sinar untuk ayahmu menjagamu”

“Semoga tuhan merahmati keduanya dan memberi kasih sayang dan cahaya untuk ayah dan anak ini. Ini tidak akan mudah” ujar netizen.