Isteri Hamil Tapi Suami Pula Yang Alahan Teruk Siap ‘Standby’ Asam Dalam Bilik Buat Ramai Terhibur

Seringkali kita dengar tentang ibu yang hamil di peringkat awal kandungan akan mengalami simptom mual dan muntah-muntah.
Iospital phone repair gombak
Itu adalah simptom biasa untuk para ibu hamil kerana kebiasaannya wanita hamil akan mempunyai perubahan hormon seperti muntah-muntah, mengidam sesuatu makanan malah ada yang tidak tahan dengan bau tertentu.

Namun lain pula ceritanya kali ini dimana si suami pula yang lemah longlai dek kerana terkena tempias alahan sementara si isteri bahagia rahim dihuni malaikat kecil mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik, suaminya yang dikenali sebagai Mohd Rezal kelihatan berulang kali keluar masuk tandas kerana tidak tahan muntah.

Difahamkan, ini merupakan kandungan kedua dimana suaminya turut terkena alahan ketika wanita ini hamil anak yang pertama.

Menerusi sebuah lagi video, dapat juga kita lihat suaminya langsung tidak boleh berenggang dengan ‘asam’ untuk melegakan rasa loyanya sehinggakan wanita ini sempat berseloroh mengatakan suaminya itu seolah-olah kedai jeruk bergerak di dalam rumah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat mereka berdua malah ada juga yang berkongsikan pengalaman masing-masing yang lebih kurang sama ketika hamil.

Antara komen warga maya:

“Sama dengan saya ni.. pregnant dua2 anak.. untuk seminggu awal husband yang mabuk.. wife steady je tak de mabuk langsung.. tu dia kata cukup la 2 orang je..”


“Besttttnyaa suami dapat merasa sekali.. ni baru suami mithali”

“Saya nak sangat husband kena macam ni.. biar dia rasakan macam mana kita rasa.. jadi takde alasan dia kata kita buat2 mabuk..”

“Bestnya baru rasa adil.. ini tak kita tanggung sorang pastu ngidam sikit dia kata kita yang minta bukan anak pun.. eh geram kita”

“Kita sama lah bro.. mula2 tau wife pregnant, kepala pening, perut berangin, makan sikit muntah last2 wife check, dapat double line.. haa sudahhh”


Video yang tular di laman TikTok:

@habibahchehassanini lah dinamakan Seronok bersama sensara juga bersama🤣 ingat yg pertama aja begitu, yg kedua juga beginii. ok Adil 😆♬ Funny Song – Cavendish Music

@habibahchehassan Replying to @🌹 ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey