“Dapat mak baru” Gadis Letak Kucing Dalam Beg Untuk Dibawa Balik Undang Dekah Ramai

Terdahulu pernah tular dimana seorang nenek selamba memasukkan seekor kucing ke dalam plastik untuk dibawa balik ke rumah sekaligus mengundang dekah ramai dan ada yang berseloroh mengatakan ianya persis seperti operasi menculik.

Manakan tidak, jika diperhatikan kucing tesebut hanya diam di dalam plastik sehinggalah nenek tersebut membawanya masuk ke dalam kereta.
Iospital phone repair gombak
Bagaimanapun, difahamkan kucing tersebut dalam keadaan sakit dan nenek itu ingin merawatnya di rumah.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis memasukkan seekor kucing ke dalam bag untuk dibawa balik mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @@ritsuumlbb_, kelihatan gadis itu baru balik dari sekolahnya dan sedang berjalan pulang.


Semasa dalam perjalanan, dia ternampak seekor kucing lalu mengambil kucing tersebut masuk ke dalam beg sekolahnya untuk dibawa pulang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat wanita tersebut malah sempat meninggalkan komen lucu dimana kucing tersebut kini sudah mendapat ibu yang baharu.

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat kucing yang seolah-olah pasrah diculik dan dimasukkan dalam beg

Antara komen warga maya:

“Dapat mak baru la pulak”

“Harini saja ada dua kes penculikan kucing lalu fyp”


“Jangan curi saya dah laa kak, umah saya area situ je kak”

“Tadi fyp mak cik culik kucing masuk dalam plastik, ni kucing lagi kene culik.. kucing tak selamat”

“Bagus la kau kutip aku, au dah malas cari makan sendiri”

“Member pon pasrah.. sebab sekarang susah cari makan.. baik nyerah diri jelah..”

“Masalahnya muka kucing tu rela je.. ni mesti kucing jantan”

“Hahahaha dengan muka redhanya..”


Video yang tular di laman TikTok:

@ritsuumlbb_semua kucing ko nak bawak balik☺️

♬ Meeoooow – KHBS0

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 190.0K tanda suka, 2775 komen, 8519 simpanan dan 1889 perkongsian di laman TikTok.

Jadi kucing pun dah tak selamat sekarang, muka kucing tu pun redha je kena culik..