Satu kisah sepasang suami isteri ini menjadi tular hasil perkongsian Tuan Anas Jamaluddin menerusi Facebook beliau.

Semoga cerita ini menjadi pengajaran buat semua.

Bangunan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. NSTP/GHAZALI KORI

Seorang lelaki hadir bersama kakaknya untuk mendapat khidmat nasihat. Dari kerut wajahnya, saya tahu beliau sedang menahan kesakitan. Mungkin beliau terlibat kemalangaan.

“Silakan duduk encik” Kami duduk setentang, dijarakkan meja. Itulah kedudukan yang sesuai untuk sesi khidmat nasihat.

Beliau duduk dengan perlahan. Tangan kirinya kemas mengampu bahagian rusuk kanan sambil menahan kesakitan. Nampak jelas kerutan di wajahnya yang menahan kesakitan di bahagian rusuk kanan tersebut. Dapat duduk satu kelegaan baginya.

Mata saya beralih kepada borang khidmat nasihat, beliau tanda jenis kes : perceraaian, jadi sijil nikah menjadi antara dokumen penting yang perlu disemak terlebih dahulu.

“Ustaz, saya nak tanya cara nak berceraaii di mahkamah, saya nak berceraai dengan isteri saya…” katanya lemah.

Jawapannya itu itu tidak mengejutkan saya. Namun, jarang-jarang sebenarnya orang lelaki yang hadir ke pejabat ini untuk tujuan tersebut. Kebanyakannya lelaki yang hadir jika isterinya yang nak tuntut ceraai, lazimnya mereka enggan berceraai dengan pelbagai alasan. Dalam kes ini berbeza pula.

“Ohh, encik dah bincang ke dengan isteri pasal ni? Dah pergi pejabat agama untuk kaunseling?” tanya saya untuk mendapat kepastian.

“Belum, saya rasa kes saya ni tak perlu kaunseling, sebab tengok gaya isteri saya tu pun saya yakin dia dah setuju. Kalau tanya pada saya, memang saya dah nekad” pemuda ini tetap dengan pendiriannya.

“Emm, bukan apa encik, dalam kes biasa, memang kami nasihatkan pergi kaunseling dahulu. Manalah tahu ada jalan perdamaian di sana. Tapi itu sebagai pilihan sahaja. Sebenarnya kalau masing-masing dah setuju, boleh sahaja fail sendiri, kes jadi lebih mudah, fail kes perceraaian biasa sahaja bawah Seksyen 47. Cepat dan senang” kata saya.

Saya terangkan prosedur perceraaian secara biasa satu persatu, apa dokumen yang diperlukan, apa step step ya hingga selesai. Lelaki ini diam sahaja dan mengangguk tanda faham.

Siasatan diteruskan.Saya nak juga tahu apa punca mereka nak berceraai. Akhirnya lelaki ini buka mulut. Menurutnya, beliau telah dipukuul dengan teruk oleh isterinya.

“Ni semua dia yang buat ustaz, patah 3 tulang rusuk saya ni, saya baru keluar ja keluar hospital ni” sambil lelaki ini menunjukkan ke arah tulang rusuknya.

Saya terkejut, biasa yang kena puukul mangsanya adalah wanita. Kali ini lelaki. Sampai patah pula tu.

“Macam mana dia boleh puukul encik? Takkanlah tiba tiba dia puukul…” saya masih kurang mempercayai telahannya. Fikir saya, dia lelaki. Takkanlah boleh kena puukul sampai macam tu sekali.

“Betul ustaz, tu ha dia yang kat luar tu” lelaki ini memuncungkan mulut menunjuk ke arah wanita yang berada di luar.

“Laa, saya ingat kakak awak tadi. Okaylah begini, niat saya nak selesaikan kes kamu saja. Kamu duduk di luar dahulu ya, panggil isteri masuk” lelaki ini bangun dan keluar dan memanggil isterinya.

“Assalamualaikum Ustaz” isterinya masuk. Duduk sopan santun sekali. Saya mula curiga cerita lelaki tadi. Takkanlah sesopan santun begini boleh memuukul hingga patah 3 tulang rusuk suaminya. Mustahil.

“Begini, suami kamu tadi bagi tau saya, dia nak failkan perceraaian ke atas kamu, kamu setuju ke?” tanya saya.

Wanita ini tunduk lama, sambil mengesat air matanya, dengan perlahan dia menjawab,

“Jika itu keputusan dia, saya terima ustaz. Saya pun dah tak sanggup lagi nak tinggal dengan dia, dia selalu puukul saya, tapi saya diamkan saja..”

Ait. Siapa yang puukul siapa ni.

“Suami kamu kata, kamu yang puukul dia, sekarang ni kamu kata dia yang puukul kamu, siapa yang betul ni?” saya mula bingung.

“Begini ustaz, suami saya ni panas baran, pantang silap sikit memang sayalah jadi tempat” punching beg” dia. Kadang anak bising pun, saya yang disalahkannya. Setiap kali marah, setiap kali itulah dia naik tangan ke atas saya. Tapi, kejadian yang terakhir ini saya dah tak mampu tahan lagi. Dia nak maaki dan puukul saya tak apa lagi. Kali ni dia betu buat saya marah. Dia maaki mak ayah saya. Apa lagi, bila dia start nak puukul saya saja, saya elak, capai kerusi makan, terus saya hentak badan dia, memang terbaring terus dia..itu yang patah tiga tulang rusuk dia tu” jawabnya panjang lebar.

Gulp. Ganas juga. Tapi patutlah lelaki tadi tak nak cerita kenapa beliau dipuukul. Rupanya ada cerita di sebalik cerita.

Lelaki tadi saya panggil semula balik masuk ke bilik khidmat nasihat. Bila saya ulang cerita isterinya balik dia diam membisu. Rupanya memang betullah apa yang diberitahu isterinya.

Oh janganlah buat main dengan wanita. Dalam kes ini, wanita resebut tidak lagi mampu bersabar setelah ibu dan ayahnya dimaaki sesuka hati. Orang yang lemah seperti wanita pun, sekali dia hentak, patah 3 tulang rusuk dikerjakannya.

Cerita ini mengingatkan saya kepada sebuah lagu nyanyian kumpulan Elite yang popular satu ketika dahulu. Tajuk lagunya “Tamparan Wanita”. Tapi bagi kes ini elok rasanya lagu ini digubah semula kepada “Hentakan Wanita”.

Ambillah pengajaran, jangan bacul memuukul wanita sesuka hati kamu. Jika dia melawan sekali, patah riuk kamu dikerjakannya.

Sekian,


Anas Jamaluddin,
Sharing is caring

Dua Garis Biru – Kisah budak sekolah terlanjur dan mengandung luar nikah

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.