“Saya nak bersihkan nama saya dan..” Intan Najuwa Sah Putus Tunang

TEKA-TEKI mengenai status hubungan Intan Najuwa dan ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli akhirnya terjawab apabila aktres itu mengakui ikatan pertunangan mereka sudah berakhir. Menurut Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, dia menganggap tiada jodoh antara mereka dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak. Intan juga memberitahu tujuan dia berkongsi perkara itu [...]

Pelakon popular Intan Najuwa akhirnya membuka mulut mengenai hubungannya dengan tunang, Razrul Anwar Rusli.

Menurut laporan mStar, ikatan pertunangan antara Intan Najuwa dan ahli perniagaan  itu sudah berakhir.

Pemilik nama sebernar Intan Najuwa Abdul Wahid ini menganggap tiada jodoh antara mereka dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.

Intan juga memberitahu tujuan dia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu lagi bekas tunangnya terpalit dengan isu dalam industri seni.

Bincang cara baik

Menurut Intan, mereka berdua sudah mengadakan perbincangan dengan cara naik sebelum membuat keputusan itu.

“Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman.”

Malah pada awalnya mereka mahu menyimpan rahsia itu di antara mereka saja namun Intan berkongsi khabar sedih ini agar Razrul tidak lagi terkait dengannya.

“Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini.”

Intan juga mahu Razrul menjalani hidup tanpa gangguan dan berkaitan dengan dirinya selepas ini.

“Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan,”

Sebelum ini, perbezaan usia 16 tahun dan berlainan bidang berkemungkinan menjadi punca hubungan mereka bermasalah.

Bagaimanapun, Razrul tampil menafikan dakwaan mengenai hubungan pertunangannya dengan Intran sudah berakhir.

Harap semua faham

Intan turut berharap orang ramai faham keadaan dirinya dan tidak menghakimi keputusan yang telah dibuat.

“Saya nak bersihkan nama saya dan dia selain nak jelaskan situasi hubungan kami sebelum ini. Saya harap semua orang faham dan tak judge dengan apa yang terjadi.”

Malah menurutnya apa yang berlaku sudah ketentuan Ilahi.

“Apa yang berlaku, di luar kuasa saya. Kami hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Jodoh, ajal dan maut itu ditanganNya,”

Pemilik nama penuh Intan Najuwa binti Abdul Wahid ini merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, sebagai Sharina dalam Khabar Dari Casablanca, dan juga sebagai Hanan Khaira dalam Kekasih Paksa Rela.

Najuwa bertunang dengan Razrul yang berasal dari Kedah, Razul Anwar Rusli pada 18 Ogos 2019.