[FOTO] Setelah Dua Kali ‘Kehilangan’, Sari Yanti Umum Telah Hamil 6 Bulan

Baru-baru ini pasangan selebriti kegemaran ramai Jep Sepahtu dan Sari Yanti menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-3.

Pelakon Sari Yanti ketika majlis ulang tahun perkahwinan mereka turut membuat mendedahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Sari Yanti umum bakal dikurniakan cahaya mata keempat

Sementara itu, menerusi laman Instagram pelakon berusia 35 tahun itu meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan cahaya mata keempat tidak lama.

Selain itu, isteri pelawak terkenal negara itu turut memberitahu usia kandungan beliau telah pun mencecah enam bulan.

Kandungan mencecah enam bulan

“Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke-3 tahun, kami sedang tunggu kehadiran ahli baru, insyaallah”.

Sari Yanti komen isu rambut Jep Sepahtu

“Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga,” tulisnya.

Sementara itu, Sari Yanti turut menjawab persoalan mengenai rambut Jep Sepahtu yang dikatakan oleh netizen.

 

View this post on Instagram

 

Cinta Hati ❤️ – Barr tangkapkan gambar 🥰

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

“Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu”.

“Happy 3rd Anniversary, nota kaki : my 6th pregnancy. #6monthpregnant”.

Ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan pasangan tersebut kekal hingga ke syurga.

 Pelakon Sari Yanti telah berkahwin dengan pelawak Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April 2018.

Disamping itu, pada perkahwinan sebelum ini Sari Yanti turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq malah pernah dua kali mengalami kegugurran.