“Insya Allah, saya akan jumpa dia…” Aidil Zafuan beri jawapan netizen tanya bila nak jumpa anak

Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersedia menemui dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, pada bila-bila masa.

” Insya Allah, saya akan jumpa dia,” katanya menjawab ringkas pertanyaan peminat di Instagram Live isterinya, Zarema Zainal, hari ini.

Dalam sesi bicara secara langsung itu, peminat bertanya bilakah Aidil akan bertemu anaknya.

Sementara itu, Rita Rudaini ketika dihubungi bersyukur dan menyambut baik hasrat bekas suaminya untuk bertemu anak mereka.

” Alhamdulillah jika benar dia mahu bertemu anak-anak. Selama ini saya tunggu saja dia datang berjumpa Rayyan dan Arjuna. Sebagai ibu, saya tak pernah ada niat nak halang dia.

” Sebulan sebelum dia berkahwin, dia ada berjumpa anak-anak. Ketika itu saya pesan, jangan putuskan hubungan dengan anak-anak walaupun sudah ada keluarga baru.

” Kalau pun tak boleh berjumpa, telefonlah setiap hari agar anak sentiasa ingat bapa mereka. Tiga bulan pertama selepas berkahwin, dia ada hubungi anak-anak. Ketika itu saya sangat gembira. Namun, selepas itu dia terus diam hingga sekarang,” katanya.

Menurut Rita, selepas sekian lama Aidil menyepi dia ada menerima beberapa kali panggilan dan mesej daripada nombor tidak dikenali namun apabila ditanya pemanggil itu tidak memberi maklum balas.

” Saya jenis tak jawab panggilan yang tidak dikenali. Apabila nombor sama mesej mahu bertemu anak, saya balas dan tanya siapa. Namun, orang itu terus membisu seribu bahasa.

” Apabila saya cuba menghubungi semula, nombor itu tak ada dalam perkhidmatan. Beberapa kali perkara ini berulang, hingga saya malas nak layan lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Rita berharap Aidil dan keluarga memikirkan perasaan Rayyan dan Arjuna yang merindui belaian dan kasih sayang seorang bapa.

“Saya tahu anak-anak nak sangat bertemu Daddy mereka. Selalu mereka bertanya bila boleh jumpa sampai saya tak tahu nak jawab macam mana. Sekali dua boleh pujuk, kalau dah banyak kali saya tunjuk wajah ayah mereka di kaca TV.

“Walaupun hanya menonton di TV, sedikit sebanyak dapatlah ubat rindu anak-anak,” katanya.

Terdahulu Rita Rudaini telah memuat naik sebuah gambar di Instagram beliau di mana beliau memberikan jersi Aidil kepada anaknya Ryan.

” Mommy : ryan,jersey baru mommy xbeli,ok? ( dgn muka sedikit konpiden sambil hulur jersey Daddy dia walaupon besar )
Ryan : its okay mommy,it’s a malaysian jersey too….im ok with that mommy (dgn muka cool dia)
Mommy : (muka bangga ) .

Bangga mommy,ada anak2 yg tidak meminta2…yg slalu ber sederhana…yg slalu menghormati perasaan mommy…yg lembut hati….xkisah lah jersey baru ke jersey lama ke,tp itu satu2 nya jersey yg Daddy tggal…dan satu2 nya sentimental value dan kenangan utk korang tau ..yg dia adalah DADDY korang…gud luck..” tulis Rita

Rata-rata pengikut Rita menyatakan simpati dengan anaknya itu dan mendoakan agar Aidil akan mencari jalan untuk berjumpa anaknya itu.

Sumber: HMetro