[8 GAMBAR] Comel Sangat ‘Baby Bump’ Dynas Mokhtar. Tahniah!

Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar, 35, sekali lagi bakal melalui fasa berpantang dan berjaga malam tidak lama lagi apabila kini hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada April tahun depan.

Di laman Instagram miliknya, Dynas berkongsi foto terbaharu bersama rakan-rakannya yang jelas menampakkan ‘baby bump’ di sebuah majlis ‘baby shower’ yang dihadirinya.

Kandungan sulung ini adalah zuriat pertama menerusi perkahwinan keduanya bersama suami, Syazrik Din, 36, yang dikahwininya pada 21 April lalu.

Sebelum ini, Dynas Mokhtar mengumumkan perkahwinannya dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din, 36, di Shah Alam pada 21 April.

Mengaku bertunang pada 26 Oktober 2017, Dynas yang sudah empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal, diburu rasa gemuruh untuk menaiki jenjang pelamin sekali lagi.

“Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah ibu di Shah Alam. Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

“Alhamdulillah, persiapan lancar, cuma ada beberapa lagi perkara yang akan dibuat pada saat-saat akhir termasuk persalinan perkahwinan. Dapatlah saya kurangkan berat badan sementara menunggu hari bahagia,” katanya kepada BH Online.

Dynas atau nama penuhnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar mengaku gementar menunggu hari diijabkabulkan biarpun ini kali kedua buatnya.

“Apatah lagi Shazrik yang memang belum pernah berkahwin,” katanya.

Berkongsi perkembangan terbaharu, Dynas dilantik sebagai sebagai pegawai pemasaran di Restoran 4Play Seafood & Co di sebuah pusat beli-belah, di sini.

Bercerita mengenai tugas baharu itu, bintang filem Tombiruo ini mengaku ini kali pertama dia bekerja di bawah majikan.

“Seronok rasanya makan gaji. Saya anggap restoran ini seolah milik sendiri kerana kepercayaan yang diberi.

“Sambil bekerja, saya boleh belajar selok-belok perniagaan restoran. Insya-Allah tiada aral melintang, saya akan buka restoran sendiri dengan ibu. Premisnya sudah ada di Shah Alam,” katanya.

Menerusi perkahwinan pertama, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.

Selain kembali aktif dalam bidang lakonan, tumpuan Dynas kini lebih kepada perniagaan butik pakaian ibu mengandung yang diusahakannya iaitu ‘DNA By Dynas’

FOTO :


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.