“Kemain layan drama, bila ceramah terus pejam” Gelagat Oyen Tertidur Tengok Ceramah Agama Undang Dekah Netizen

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat si bulus yang menonton TV ini nata membuatkan orang ramai geli hati melihatnya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nemo_junior, kelihatan si Oyen sedang leka menonton TV yang memaparkan drama burung kegemarannya.

Namun apa yangmembuatkan ramai tehibur adalah Oyen terlihat tiba-tiba terlena apabila tuannya menukar siaran lain iaitu ceramah agama.

Tidak cukup dengan itu, gayanya yang baring meniarap seolah-olah terlalu penat itu turut membuatkan ramai berdekah melihatnya.

Bukan itu sahaja malah rata-rata warganet juga menyamakan gelagat si bulus itu dengan manusia yang sering mengantok apabila mendengar ceramah.

Berikut merupakan video yang tular:

@nemo_junior Ni la kucing zaman sekarang 😬 #fyp #kucing #oyen ♬ original sound – Nemo_Junior

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 119.4K tontonan, 17.1K tanda suka, 385 komen dan 577 perkongian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah si oyen yang kelihatan terbaring meniarap seolah-olah terlalu letih.

“Dia bukan tidur la, dia menghayati ceramah tu. Sambil pejam, sambil dengar ceramah and zikir dalam hati. Tak baik la fitnah Oyen, haha” – Netizen

Berikut merupakan komen warga maya:

“semoga oyen mendapat hidayah”

“tak baiklah fitnah oyen”


“bukan kucing je.. kadang manusia pun macam tu..”

“dan2 ngantok bila dengar ceramah”

“cuba tukar siaran nak tengok dia mengamuk tak”

“comel je”

“semoga oyen berubah..”

“bertuah punya oyen..”

“insaflah sebelum terlambat”

“cian oyen kena tuduh..”