Ini Sebab Anda Perlu Off Handphone di Dalam Kapal Terbang

Biasanya bila kita boarding di dalam penerbangan, antara pesanan penting dari cabin crew ialah padamkan alat elektronik termasuk handphone. Ramai yang tertanya-tanya sama ada benarkah handphone yang masih on boleh mengganggu sistem penerbangan.

Mari kita lihat penerangan dari lelaki ini berkenaan kepentingan memadam alat elektronik sebelum penerbangan.


SHUT OFF ALL YOUR ELECTRONIC DEVICES

Ramai yang tanya pasal ni. Abam cakap “YES” kena off. Mandatory. Kalau siapa-siapa pernah tengok program tv “Myth Buster” dulu tu diorang ada buat rakaman pasal ni.

Resultnya memang tak ada kesan apa-apa pun. Hahahaha. Yang buat rakaman tu pakai learjet je kot. Try guna boeing or airbus latest model. Tapi, kemungkinan “interference” tu boleh berlaku. Macam mana boleh berlaku? Lets dig in.

Semua alat elektronik kena off semasa berlepas dan mendarat dan sebaiknya sepanjang penerbangan. Selepas 10,000feet dari aras laut memang tiada signal, network kosong. Bila tiada coverage apa akan jadi pada network anda?

Ia akan push power device untuk roaming and searching kan. Searching.. Searching sampai sudah. Kenape sangkut paut pada system penerbangan pulak?

Sesebuah pesawat terdapat antena mcm piring astro atau lebih kurang kat muncung depan. Dia punya antena sgt power dan menghasilkan radiasi yg sgt tinggi akibat daripada gelombang yg perlbagai peringkat (UHF, VHF, dll).

Antena ini digunakan untuk komunikasi radio antara crew dengan menara kawalan. Itu antara manusia dan manusia lah. Antara pesawat dengan bumi? Lagi dasyat komunikasi dia.

Signal koordinat dihantar ke bumi dan bumi juga menghantar isyarat terima ke pesawat. Setiap saat dan minit. Kalau nak terangkan satu-satu jenis komunikasi memang tak dapat lah. Sebab korang tak akan paham. Hehehe apa itu VOR, DME bagai. Ok better tak payah.

Semasa berlepas, system pesawat memerlukan signal network untuk menentukan arah tuju (heading), penglibatan sebarang traffic, keadaan cuaca, tompokan awan tebal atau nipis, suhu, kelembapan semuanya dirangkum dalam data yg dihantar dari bumi ke pesawat atau sebaliknya untuk tujuan penilaian bagi crew bertindak mengikut keperluan keadaan.

Macam bawak kereta la, guna waze atau google maps. Kan ada bagitau kat mana jem, kat mane ade road block. Tapi pesawat lagi canggih dan dah lama ada waze sendiri.

Jadi, semua data2 tersebut perlu gunakan network untuk berkomunikasi dengan pantas (milisecond). Kalau network korang masih searching searching apa akan jadi pada network kapal?

Network band yang digunakan oleh device korang pun guna wavelength yang lebih kurang dan system handphone korang suka menumpang gelombang org lain kot. Mmg dah direka sedemikian rupa, apa nak buat kan. Jadi bab berlepas, gadjet korang mmg kena off. Faham?

Sepanjang penerbangan, lebih dari 10,000 kaki. Level ni pesawat tidak banyak menggunakan network yg penting kecuali untuk komunikasi radio crew dengan menara kawalan.

Radio pesawat bukan satu je tau. Banyak console stack. Satu stack boleh simpan 2 atau 3 standby channel. Dan satu stack untuk emergency (stress signal). Yg lain2 komunikasi hanyalah untuk navigasi koordinat kapal untuk satelit baca kedudukan pesawat supaya tak tersasar dari laluan asal dan untuk traffic.

Walaupun tak bnyak guna, masalahnya gajet korang. Mcm tadi cakap bile network korang kosong, network band korang akan cari gelombang untuk menumpang.

Dari serendah-rendah band dia akan cari. Dan memang dalam pesawat tu ade antena yg mengandungi gelombang yang dikehendaki oleh gajet korang.

Tetapi kenapa gajet korang x dapat detect. “Isolation”, hahahaha mana boleh senang2 nak curi kan. So, safety dah isolate bende tu. Akan tetapi untuk langkah berjaga2, pihak FAA dah tetapkan korang kena off.

Korang tahu tak apabila signal network korang mencari2 arah tujuan yg betul bukan LGBT, penggunaan bateri akan meningkat dan board system gajet korang akan jadi panas.

Ketidakcelaruan penggunaan bateri dan kuasa yg ada dan berada di ketinggian yang bukan pada kadar kalibrasi yg asal akan menyebabkan booommmm gajet korang menghasilkan haba yg melampau. Faham-faham la kan. So, nak on lagi?

Semasa pesawat mendekati kawasan pendaratan (approach). Yang ini part paling kritikal. Penggunaan network pesawat menggunakan kemudahan ini pada tahap maksimum.

Sebut ILS (Instrument Landing System) memang korang tak faham kan. So, dengan kata mudah signal akan tarik pesawat dan mengaturkannya untuk mendekati kawasan pendaratan selain bantuan crew untuk memasukkan data seperti course dan koordinat.

Jadi, network diperlukan. Pernah tengok nombor kat landasan? Itu bukan suka suki orang nak cat landasan gune nombor. Nombor-nombor itu adalah nombor kedudukan arah dalam kompas dunia. R atau L tu kiri kanan lah senang cerita.

Autolanding atau ILS, 100% memerlukan signal dari bumi, jadi pada ketinggian bawah 10,000 kaki mmg dah ada network korang, apabila terbuka sahaja network korang segala mak nenek data akan masuk dalam gajet korang, pending whatsapp, noti FB, upload data IG, semua nak terjah masuk.

Jadi, bayangkan kesibukan yang berlaku sedangkan pesawat memerlukan gelombang yg stabil tanpa gangguan dari gajet korang. Mengapa approach part ni kritikal?

Pesawat bergantung sepenuhnya pada signal untuk bergerak, membelok, mengiring, sudut dongak, menurun, stabilizer percentage, ketinggian dan kelajuan yang sesuai. Korang kena tahu, pesawat pun kena ikut arahan had kelajuan tau, terlebih speed kene saman.

Jikalau salah satu terganggu habis lah yg lain pun akan jadi bengong. Jadi tolonglah off gajet korang, faham?

Nak amik video? Guna go pro. Selagi gajet korang berpotensi menghasilkan signal, jangan on. Nak on jugak, sila tukar network ke “airplane mode”.

Ingat, walaupun dah guna mod penerbangan, risiko untuk bahaya lain kemungkinan akan timbul iaitu bateri. Seperti yg diberitahu tadi, bateri tidak dikalibrasi untuk ketinggian yg lebih dari 5000 kaki.

Dimana tekan atmosfera memainkan peranan. Jadi better OFF je lah. Tapi ramai je degil kan. Entahlah abam pun tak paham yang jenis degil ni. Ingat kitaorang dengki kot dengan iPhone X Max plas plas tu. Hahahaha.

Kesimpulannya: OFF semua alat elektronik korang sebelum berlepas dan ON balik selepas keluar dari pesawat.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Artikel ini adalah tulisan Tuan Hidayat Berahim. Anda boleh membaca posting asal beliau di sini.[/su_note]