“Ini orang atau apa?” Pegang Tangan GF di Kebun Getah, Pemuda Terkejut Penampakan Lembaga

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan ini tanpa sengaja merakam sebuah kelibat di dalam beberapa foto di kebun getah mencuri perhatian ramai.

Memetik laoran Mstar, lelaki yang dikenali sebagai Wan Muhd Hairee Wan Mat, 21, dia dan teman wanita nya pergi ke kawasan kebun getah berdekatan rumahnya untuk merakam gambar.

“Masa tu saya dengan teman wanita saya. Kami ke kawasan itu untuk ambil gambar. Ia dekat saja dengan rumah saya, dalam 100 meter. Kalau diingat, kami ke sana dalam pukul 6.20 petang.”

Difahamkan, dia menyedari hal tersebut setelah tiba di rumah sewaktu ingin melihat semula foto yang diambil bersama teman wantanya.

“Selepas balik ke rumah, dalam pukul 8.30 malam saya tengok balik semua gambar yang dirakam. Saya nak tengok dulu sebelum hantar gambar kepada dia.”

“Pada waktu itu baru saya perasan ada kelibat misteri berwarna putih dalam tiga keping gambar. Tapi dalam gambar yang lain, kelibat itu tak kelihatan,” imbasnya.

Jelas jejaka dari Rantau Panjang Kelantan ini, ia sekali gus membuktikan cakap-cakap orang sebelum ini yang memperkatakan tentang gangguan yang didakwa berlaku di sekitar kebun getah itu.

“Masa mula-mula tu saya fikir, ini orang atau apa sebenarnya? Sebab masa kami ke sana, tiada sesiapa kelihatan dekat kebun getah itu.”

“Memang rasa terkejut. Saya tunjuk kepada keluarga, mereka pun terkejut. Sebenarnya sebelum ini kakak saya pun pernah kena gangguan ketika lalu kawasan itu.”

“Memang ada dengar cerita bahawa laluan kebun getah itu agak keras. Pernah orang cakap mengenai pontianak dan sebagainya,” ujarnya panjang lebar.

Selain komen-komen yang memperkatakan mengenai kelibat misteri itu, ada yang turut meninggalkan kecaman dan menuduh ia sekadar suntingan semata-mata.

“Saya kongsikan video ke TikTok. Tak sangka tiba-tiba jadi viral. Ramai netizen yang komen dan mendawa mereka nampak banyak kelibat lain.

“Ada juga yang tuduh saya menipu, mereka kata saya edit saja. Tapi saya tak kisah, mereka boleh percaya atau sebaliknya.

“Saya tak kisah semua komen tu. Kalau mereka sendiri yang kena, baru tahu macam mana. Saya dah dua hari tak lalu jalan kebun getah itu. Saya sanggup guna satu lagi laluan yang ada kubur lama,” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@muhmd_hairiyblik rmh tngk gmbr bru perasan ad bnda pelik dlm gmbr😩 korang nmpk berapa org ##hantuviral

♬ bunyi asal – alang

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 724.4K tontonan, 36.2K tanda suka, 2699 komen dan 811 perkongsian di TikTok.

Berikut merupakan komen warga maya: