Ini Cara Untuk Semakan dan Rayuan Online Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020

Di dalam pembentangan Belanjawan 2020 yang lepas, Menteri Kewangan telah mengumumkan program subsidi petrol bersasar khas buat mereka yang layak.

Program Subsidi Petrol (PSP) adalah satu program yang dilaksanakan kepada isirumah golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40.

Program ini merupakan salah satu penambahbaikan pemberian subsidi minyak dalam bentuk bantuan kewangan untuk membiayai sebahagian kos penggunaan petrol bagi rakyat yang benar-benar layak.

Bagi anda yang mahu membuat semakan online kelayakan Program subsidi Petrol ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka pautan ini psp.kpdnkhep.gov.my dan klik butang SEMAK KELAYAKAN

2. Kemudian, masukkan nombor Kad Pengenalan.

3. Jangan lupa, tick pada kotak ‘Saya faham dan bersetuju’ dan kemudian klik SEMAK

4. Jika keputusan TIDAK LAYAK, anda boleh membuat permohonan rayuan dengan klik pada INGIN MERAYU.


5. Masukan Nama, No. IC, Nama Bank dan No Akaun, dan kemudian klik SIMPAN.

 

Anda perlu tahu bukan semua penerima BSH layak menerima bantuan Program Subsidi Petrol ini. Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut layak menerima bantuan PSP.

1. Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;

2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;

3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal;

4. Kriteria kenderaan yang layak berdasarkan kapasiti enjin:

Bagi kenderaan yang tidak menepati kriteria di atas diklasifikasi sebagai TIDAK LAYAK menerima bantuan subsidi petrol.

5. Kadar kelayakan subsidi mengikut pemilikan kenderaan: