Ini Antara Video Paling Kelakar Dalam Group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’

Pengguna Facebook yang suka memasak pasti tahu akan kewujudan grup Masak Apa Hari Ini yang mengumpulkan idea dan tips masakan dari netizen-netizen di seluruh negara hampir setiap hari.

Group ini boleh dikatakan menjadi rujukan dan sumber inspirasi untuk mendapatkan idea memasak.

Terbaru, satu group Facebook yang menjadi kegilaan para pengguna di Malaysia iaitu ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni‘.

Group ini merupakan kesinambungan bagi mereka yang suka memasak tetapi hasil masakan yang boleh dikatakan ‘hancur.

Biarpun baru sahaja ditubuhkan sejak 14 April yang lalu, namun grup tersebut setakat ini sudah berjaya mengumpulkan lebih 800,000 ahli sehingga artikel ini ditulis.

Menerusi semakan yang dibuat, grup tersebut membenarkan mereka untuk berkongsi masakan-masakan yang telah dicuba tetapi tidak menjadi dan hasil yang dikongsikan pasti akan membuat anda tidak kering gusi melihatnya.

Berikut antara video yang menjadi perhatian dan mendapat tanda suka yang tinggi.

Rata-rata netizen amat terhibur dengan perkongsian di dalam group tersebut.

Jika sebelum ini, group BMF menjadi antara group terpantas mengumpul sejuta ahli, nampaknya group terbaru ini juga akan menjadi antara yang terpantas mengumpul sejuta ahli.

Kewujudan grup ini mungkin boleh meningkatkan keyakinan mereka yang tidak mahir memasak untuk mencuba dan berkongsikan hasil yang diperoleh.

Boleh dikatakan semua masih berada dalam PKP sehingga hujung bulan ini, masih ada kesempatan untuk anda mencuba resipi-resipi yang anda peroleh di media-media sosial dan cuba untuk menghasilkannya.

Manalah tahu, jika masakan yang anda cuba tidak menjadi anda mungkin boleh berkongsi hasilnya di grup ini dan mendapatkan reaksi dan mungkin juga tips daripada netizen-netizen yang berada di dalam group tersebut.